Jumaat, 15 April 2011

TAZKIRAH MINGGUAN



Assalamualaikum dan Salam Ukhwah Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Umat Islam disarankan supaya memperbanyakkan ibadah sunat di samping menyempurnakan amalan-amalan fardhu seperti menunaikan Solat Jumaat dan Solat fardhu yang diwajibkan. Jadi, di kesempatan ini, KMCS telah mengambil peluang bagi mengi’marahkan cawangan ini dengan aktiviti bacaan Yasin dan sesi tazkirah pada setiap pagi Jumaat.


Pada kebiasaanya, sesi tazkirah akan menyusul selepas selesai bacaan Yasin. Jika pada minggu lepas, En. Mohd Fathul Muin telah membacakan hadith 3 yang dipetik dari buku BUKAN DARI GOLONGANKU… Himpunan Ustaz Kamil Ashaari dan Nafisah Binti Hj. Md. Tahir cetakan pertama Ogos 2007, jadi marilah kita sama-sama mengikuti sambungan hadith 4 dari buku yang sama di ruangan Tazkirah Mingguan (klik di ruangan Tazkirah Mingguan di ruangan atas).


Walaupun semua staf KMCS sedang sibuk mengadakan persiapan terakhir untuk Majlis Penutupan Bengkel Bimbingan Teknikal Enamelling, namun, ruangan Tazkirah Mingguan tetap menemui semua di blog KMCS.


Marilah kita hayati dengan penuh tawadhuk maksud hadith ke-4 minggu ini, “Bukan Dari Golonganku…. Yang Menipu” yang telah dimuatkan di ruangan Tazkirah Mingguan. Semoga kita semua terhindar daripada menjadi orang bukan daripada golongan Nabi Muhammad s.a.w, Nauzubillah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan