Rabu, 6 April 2011

PERSIAPAN MENJELANG MESYUARAT JKPKPKK





Potong... Potong.. Potong, Muin potong..... Hati-hati jangan kena En. Dan sudah....


Nampaknya tinggal sehari saja lagi untuk KMCS menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat JKPKPKK yang akan diadakan buat kali pertama di KMCS pada esok hari, 7 April 2011 (Khamis). Wah, nampaknya semua warga KMCS sibuk dengan pelbagai persiapan bagi memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan dengan lancar. Anes, Sue dan Akmal sibuk dengan urusan tempahan dan penyedianan makanan, manakala Muin, A’A dan Juju pula sibuk dengan urusan logistik dan kebersihan, Shela dan Nawwar pula dengan kerja-kerja di Bilik Pameran, Kak Odah, Kak Ros dan En. Dan masing-masing dengan urusan membuat persiapan di Bilik Mesyuarat.

Manakala pada sebelah petangnya, Kak Ila, Sue, Anes, Shela, Syida, Sri dan lain-lain menghulurkan bantuan menyiapkan goodies bag untuk para tetamu. Kasihan Eza pula bertungkus lumus menyiapkan kertas kerja bagi Bengkel Bimbingan Teknikal Enamelling dan Amalina kita pula sibuk dengan urusan panjar. Memang meriah suasana di sini. Inilah yang dikatakan kami bagaikan keluarga kecil. Hubungan silaturrahim yang terjalin menjadikan kami akrab dan ceria. Kepada rakan-rakan KMCS, “Selamat Maju Jaya! InsyaAllah kita akan memberikan layanan dan menyediakan kemudahan yang terbaik walaupun dalam keadaan serba kekurangan.

Apa yang penting? K.E.R.J.A.S.A.M.A…….


Bersemangat betul Juju, Nawwar dan Muin membersihkan koridor pejabat. Tahniah..


Wah, Nawwar sampai duduk bersila iron kain untuk display...


Apa la yang Shila dan Iza tengah buat tu? Pertandingan mencari harta karun ke???


Huhu.... Cik Iza kita sibuk bebenor... Kasihan dia......

1 ulasan:

  1. thanks syida~ di atas keperihatian anda..hihi..
    xdpt nk tolong korg...huhu.. :(

    BalasPadam