Rabu, 20 April 2011

SELAMAT MENGERJAKAN UMRAH....

Bergambar sebelum berangkat...


Kami, warga KMCS mengucapkan "Selamat berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan Umrah" kepada ibu, kakak dan makcik kepada Puan Yuhanes yang telah berangkat dari KLIA pada jam 3.00 petang tadi. Mereka telah menyertai rombongan Umrah melalui Rayhar Agensi bermula pada 20 April hingga 4 Mei 2011.


Suasana sedih dan sebak mengiringi keberangkatan ibu tersayang...

Kucupan dari seorang anak buat ibu tercinta...


Pelukan ini membuktikan betapa eratnya hubungan pasangan ibu dan anak, alhamdulillah...


Biarpun sedih, bersama-samalah kita mendoakan agar mereka selamat kembali ke tanah air serta dikurniakan umrah yang mabrur, insyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Komen