Khamis, 28 April 2011

BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH!!!



“Bersatu kita teguh bercerai kita roboh”. Itulah kata-kata pegangan yang dijadikan azimat bagi Unit Penyelidikan & Pembangunan (R&D), Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor (KMCS), dalam penghasilan rekaan bagi mengikuti kehendak pasaran masa kini. Baru-baru ini pada Jumaat lepas, 22 April 2011, jam 4.30 petang, Unit Penyelidikan & Pembangunan telah bersatu teguh bersama usahawan kraf dalam perbincangan mengenai rekaan produk baru.

Antara yang terlibat dalam perbincangan ini ialah Puan Zailah Zaid, Timbalan Pengarah dan Cik Marshila Marzuki, Ketua Unit Penyelidikan & Pembangunan bersama usahawan kraf seramik dari SLC Craft House, iaitu En. Hanafi & Puan Syida. Sedikit pengenalan mengenai SLC Craft House adalah usahawan kraf yang mengeluarkan produk kraf seramik berasaskan campuran polymer clay, paper clay dan terracotta clay.

Perbincangan yang padat dengan isu rekaan ini telah mencetuskan pelbagai idea baru dari segi proses pembuatan, penggunaan teknik & bahan yang akan digabungkan bersama produk keluaran yang bukan sahaja untuk SLC Craft House sahaja, malah untuk usahawan kraf negeri Selangor yang lain. Antara idea rekaan value added yang dicetuskan adalah bahan polymer clay dan paper clay yang akan digabungkan dengan bahan lain seperti piuter, gandingan kerjasama yang terhasil di antara dua usahawan, iaitu usahawan seramik dan piuter. Di samping dapat mengukuhkan ukhuwah yang terjalin, secara tidak langsung dapat menambat hati pembeli atau peminat produk kraf dalam bidang seramik dan logam dalam satu produk kraf sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Komen