Khamis, 14 April 2011

'CANTIK, TERTARIK MEMANG DA BOOM!!!'

Hai!!! Hai!!! Mesyuarat Rekaan Cawangan telah berlangsung lagi……. Kalau sebelum ini mesyuarat hanya melibatkan Unit Rekaan sahaja, tapi pada kali ini mesyuarat diserikan lagi dengan kehadiran pereka-pereka dan pengajar-pengajar kraf dari Unit Usahawan dan Unit Promosi yang telah turut serta berganding bahu dalam menyediakan rekaan untuk KMCS.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Puan Zailah Zaid dan diurus setiakan oleh Ketua Unit Rekaan, Cik Marshila Marzuki, bersama Puan Nawwar Hidayah dan En. Mohd. Ridzuan. Hmm….macam-macam ragam penyampaian dan rekaan yang dipamerkan… Bukan apa, ini semua adalah untuk mencungkil bakat masing-masing yang sememangnya terpendam, jadi luahkan je…. Hehehe… Memang 'cantik, tertarik memang da boom!!!'. Macam tajuk lagu nyanyian Cat Farish! Terima kasih kepada semua yang terlibat. Inilah kesepakatan dan kerja berpasukan yang wujud di KMCS. Tahniah, kawan-kawan!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan