Rabu, 13 April 2011

KHABAR GEMBIRA BUAT WARGA KMCS!

Datangnya jauh dari Kuala Selangor menuju ke IKN Rawang. Datang berhajat mengisi Borang Permohonan Insentif Pembangunan Usahawan. Kedatangannya memang dinanti-nantikan kerana pelbagai urusan berkaitan yang perlu diselesaikan. Siapakah geranggan empunya diri yang KMCS nanti-nantikan? Haaa cuba teka….. Dia selalu menjadi jurudemo seramik India dan produknya menjadi tuan para suri rumah ketika berlangsungnya promosi yang dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia. Baru-baru ini dia telah berjaya mendapat Anugerah Tukang Ulung sempena Hari Kraf Kebangsaan 2011.

Dia adalah En. V.N Ramadas s/o Vengadasalam, usahawan di bawah program Kraf Warisan KMCS. En. Ramadas seorang yang peramah dan mesra telah tiba di KMCS lebih kurang pada pukul 10.30 pagi bersama menantunya. Kedatangannya telah disambut mesra oleh kami. Puan Pengarah juga turut bersama-sama menyambut kedatangan beliau dan meluangkan masa berbual-bual bertanyakan khabar serta berbincang akan perkembangan terkini perniagaannya.

Sebelum mengakhiri perbualan, En. Ramadas telah memberikan satu berita gembira buat kami di KMCS. Syukur Alhamdulillah kami di sini sentiasa murah dengan rezeki yang dikurniakan Allah. Nak tahu, apa berita gembiranya??? Tunggu di artikel KMCS akan datang………


Tiada ulasan:

Catat Komen