Selasa, 12 April 2011

SELAMAT DATANG KE BENGKEL BT ENAMELLING



Berjalan jauh hingga ke Pekan,

Hajat di hati mencari udang,

Kedatangan kalian amat dinantikan,

KMCS mengucapkan “Selamat Datang”.

Masa amat pantas bergerak. Nampak perlahan namun pada hakikatnya, ia semakin jauh berlari. Setelah bertungkus lumus membuat persiapan bagi menganjurkan Bengkel Bimbingan Teknikal Enamelling, Alhamdulillah, pada ia terlaksana juga. Bengkel ini telah melibatkan seramai 32 peserta daripada seluruh negeri dan seorang tenaga pengajar yang dibawakan khas daripada Syarikat Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd iaitu Tuan Syed Khamarul Zaman bin Syed Masnu.

KMCS telah bertindak sebagai urus setia bersama dengan Bahagian Usahawan, Ibu Pejabat bagi menjayakan bengkel ini. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Hj. Mat Rasul, En. Syazwan dan Pn. Maz selaku penganjur yang banyak membantu dalam menyelaras aktiviti ini. Bengkel yang telah bermula pada 11 April 2011 akan berlangsung selama lima hari dan akan berakhir pada 15 April 2011. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Ruslah binti Khalid, Pengarah KMCS pada jam 10.30 pagi.

Melalui bengkel ini, Kraftangan Malaysia berharap agar produk logam yang dihasilkan oleh usahawan dapat diberi nilai tambah melalui pengaplikasian teknik baru enamelling ini diuji pasar semasa Promosi Kraf Logam yang akan diadakan pada bulan Julai 2011. Usahawan kraf diingatkan supaya mengutamakan pengawalan kualiti dan sentiasa kreatif dan inovatif bagi memastikan produk mereka kekal berdaya maju, berdaya saing, dan berdaya tahan di pasaran. Diharapkan agar bengkel ini akan sukses dan mencapai objektif yang dirancangkan, insyaAllah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan