Khamis, 14 April 2011

PEMERIKSAAN ASET ALIH TAHUN 2011




Satu Pemeriksaan Aset Alih di KMCS sedang berlangsung hari ini (14 April 2011) pada jam 9.30 pagi tadi. Beberapa Pegawai Pemeriksa Aset dari Ibu Pejabat iaitu Pn. Rohaya, (Kak Aya),En. Abd. Razak (Abang Ajak), Pn. Azreene (Reene) dan En.Zaim (Zaim) telah tiba di KMCS lebih kurang jam 9.00 pagi bagi membuat pemeriksaan terhadap aset alih yang ada di KMCS.

Ada sebilangan aset yang telah dipindah milik kerana ada pertambahan anggota kerja baru, berlaku kerosakan dan lain-lain faktor. Ada juga yang telah dipindah milik setelah berpindah ke bangunan baru di IKN, Rawang. Jadi, melalui pemeriksaan ini, aset-aset yang sudah rosak akan dicadangkan untuk tujuan pelupusan. Harapan kami agar semua urusan berkaitan akan berjalan dengan lancar dan baik, InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan