Selasa, 11 September 2012

MESYUARAT JAWATANKUASA MAJLIS RUMAH TERBUKA JKPKPKK


Bulan Syawal sudah semakin hampir untuk berakhir. Sana-sini orang sibuk dengan jamuan rumah terbuka. Pada bulan ini jugalah ikatan persaudaraan menjadi semakin erat dengan aktiviti kunjung-mengunjung. Kami warga KMCS juga tidak terlepas untuk menerima kunjungan rakan-rakan JKPKPKK untuk datang ke teratak kecil kami ini. Walaupun bukan hidangan hari raya yang kami persembahkan namun, agenda mesyuarat yang kami nanti-nantikan. Hehehe.. bila bab makan semua jadi bersemangat.

Mesyuarat pada 07 September yang telah dipengerusikan oleh Encik Rosman bin Manan telah dihadiri oleh beberapa rakan JKPKPKK bagi membincangkan agenda berkaitan pelaksanaan Majlis Rumah Terbuka JKPKPKK yang akan diadakan pada 15 September 2012 nanti. Jika tahun-tahun sebelum ini majlis ini banyak diadakan di sekitar Shah Alam namun, pada kali ini KMCS telah dipilih bagi menjadi tuan rumah kepada Majlis Rumah Terbuka JKPKPKK peringkat negeri Selangor. Suasana sedikit ‘gamat’ dengan pelbagai menu yang dicadangkan. Dengar pada menu yang dicadangkan, semuanya sangat menyelerakan. Mesyuarat ini bersurai hampir pada pukul 5.00 petang dengan sedikit jamuan makan.
 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan