Rabu, 1 Jun 2011

PROMOSI KERJA KAHWIN 2011











Sedar tak sedar hari ini sudah hari yang ke-6 Promosi Kerja Kahwin 2011 berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya aktiviti pameran dan jualan, demonstrasi kraf, persembahan kebudayaan dan banyak lagi. Pabila berada di sana semalam, hati kami (Syida, Anes, Juju, Kak Odah dan A’A) telah terpaut melihat pelbagai hiasan perkahwinan seperti pelamin, hantaran, kek dan manisan, produk kraf dan macam-macam lagi.

Para usahawan kraf bagaikan berlumba-lumba untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik. Lalu saja di hadapan gerai, jurujual gerai sudah siap sedia untuk mengedarkan risalah berkaitan syarikat dan perkhidmatan yang ditawarkan. Mereka begitu teruja untuk mempromosikan gerai masing-masing. Macam ni la baru bagus, dik. Syabas!







Bila sampai di bahagian perkhidmatan katering, erm… Perut yang lapar kenyang berisi. Manakan tidak, baru saja tengok menu dan perkhimatan yang ditawarkan, kami sudah dipelawa makan (food testing). Nasi beriani yang disediakan sungguh enak. Harga yang ditawarkan juga berpatutan.

Kepada bakal-bakal pengantin atau ibu bapa pengantin, jangan lupa untuk meluangkan masa untuk menjenguk Promosi Kerja Kahwin 2011. Selain daripada itu, orang ramai juga dijemput hadir bagi memeriahkan promosi ini kerana pelbagai produk lain turut dipamerkan seperti makanan tradisional dan produk kraf seperti batik, songket, logam, hasil rimba, seramik dan aneka kraf. Jom datang ramai-ramai ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur!
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan