Rabu, 18 Januari 2012

MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL KMCS


En. Dan selaku pengacara majlis.
Bacaan diketuai oleh En. Fathul Muin.
Sedar tak sedar sudah setahun lebih pejabat KMCS berada di IKN, Rawang. KMCS telah berpindah di IKN Rawang berkuat kuasa pada 2 Januari 2011 dan kini kita sudah pun memasuki tahun baru 2012. Sungguh cepat masa berlalu. Begitu juga dengan usia kita semakin hari semakin meningkat. Jadi, kita perlulah berusaha sebaik mungkin untuk memajukan diri, baik di dunia mahupun mengumpul saham akhirat.

Seperti biasa pada setiap hari Jumaat, KMCS akan mengambil sedikit masa untuk mengadakan majlis bacaan Yasin yang akan diketuai oleh En. Fathul Muin. Namun, pada 13 Januari 2012 yang lalu, salah seorang warga KMCS iaitu Cik Zuridah (Juju) telah bermurah hati menyumbangkan sedikit jamuan untuk para tetamu bagi mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil buat abang ipar beliau yang telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 13 Januari 2011 (genap setahun). KMCS juga tidak lupa menjemput warga IKN dan jiran paling dekat kami iaitu anggota kerja Jurusan Rotan dan Kraf Holding. Alhamdullillah, segala urusan telah berjalan dengan baik dan majlis juga berlangsung dengan lancar.

Terima kasih kepada para jemputan yang telah hadir ke majlis ini dan hanya Allah yang mampu membalas budi baik kalian. Semoga, majlis seperti ini dapat mengeratkan hubungan silatulrahim warga KMCS bersama rakan-rakan sekerja yang lain di samping mendekatkan diri kepada Maha Pencipta, insya-Allah.



Suasana ketika majlis berlangsung.
 

Makanan yang telah disumbangkan oleh Cik Juju...
Makan jangan tak makan...

En Dan beramah mesra dengan warga kerja Jurusan Rotan.


Tiada ulasan:

Catat Komen