Selasa, 24 September 2013

NANTIKAN SKUAD ‘J1M1K’ KEMBALI KE SK GOMBAK UTARA



Pejam-celik, pejam-celik sudah dekat setahun rupanya hampir berlalu. Seperti tahun-tahun sebelumnya team ‘J1M1K’ akan berkelana ke SK Gombak Utara  (sekolah lama salah seorang Skuad J1M1K, Puan Lilis) untuk bertemu dengan adik-adik comel yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan UPSR beberapa minggu yang lalu. Untuk makluman semua, ini merupakan tahun ke-3 skuad J1M1K telah dijemput untuk mengajar adik-adik di sekolah ini mencanting batik. 

Alhamdulillah, kerjasama ini telah berterusan sehingga tahun ini. Terima kasih kami ucapkan kepada Guru Besar dan guru-guru SK Gombak Utara yang sangat ‘sporting’ dan kerjasama yang mereka berikan memang terbaik! Jadi, adik-adik SK Gombak Utara, tunggu kami Skuad J1M1K akan ke sekolah adik-adik pada 26 September 2013 (Khamis). Nanti ya!


GAMBAR KENANGAN TAHUN 2012 DAN 2011


 

Isnin, 23 September 2013

MINGGU MALAYSIA LONDON 2013



Kami warga KMCS mengucapkan tahniah kepada En. Ramadas a/l Vengadasalam kerana telah terpilih untuk menjadi jurudemo kraf seramik mewakili usahawan kraf negeri Selangor sempena Malaysia Cultural Week London. En. Ramadas atau lebih mesra dengan panggilan ‘Uncle Ramadas’ merupakan salah seorang Adiguru Kraf dalam bidang Seramik Tradisional India.


Tahniah juga kami ucapkan kepada lima (5) orang usahawan kraf negeri Selangor yang terpilih untuk menyertai aktiviti pameran dan jualan. Lima usahawan tersebut adalah:


1. D’ Waqaka Klasik (Batik – Pakaian Siap) 

2. Ruzz Gahara (Batik - Pakaian siap / Kotak hadiah

3. La’ Seri Collection  (Logam Aksesori -Pewter

4. Paulini Nusantara (Logam Aksesori -Pewter

5. Sweet Touch Ceramic Sdn Bhd (Seramik -Porcelain



Malaysia Cultural Week 2013 in London adalah aktiviti yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah berlangsung pada 19 hingga 23 September 2013 di South Bank, London. Seramai 10 orang usahawan dan 5 orang jurudemo dari Kraftangan Malaysia turut terlibat dalam aktiviti ini.





Bertemakan "Faces for 1Malaysia" , acara itu akan dirasmikan oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia pada 21 September 2013. Pelbagai acara dan aktiviti menarik antaranya ialah persembahan muzik tradisional, jualan dan demonstrasi membuat kraf, pertunjukan fesyen batik dan songket Malaysia dengan rekaan tradisional dan kontemporari dan lain-lain lagi yang menggambarkan Malaysia kaya dengan warisan, budaya serta hasil kerja tangan yang kreatif untuk dipersembahkan di pentas global.




Selain itu, artifak Muzium, manuskrip Melayu yang asal dan butiran warisan turut dipaparkan untuk tatapan umum. Pengunjung juga berpeluang untuk menikmati masakan Malaysia yang lazat dan popular. Acara turut diserikan dengan pameran dan persembahan permainan tradisional masyarakat di Malaysia dan para pengunjung boleh menyertai dan merasai sendiri permainan tersebut. Terdapat juga booth promosi percutian dan pakej pelancongan menarik melawat ke Malaysia  sebagai salah satu langkah menarik minat pengunjung untuk menyertai Tahun Melawat Malaysia 2014.



Tahniah sekali lagi kami ucapkan dan tidak lupa juga kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan semoga maju jaya.

MOTIVASI : MENCARI PELUANG PERNIAGAAN DARI RUMAH?




Ramai yang mencari peluang perniagaan dari rumah, tetapi ramai yang tidak tahu di mana perlu mula.

Perniagaan online atau 'offline' mempunyai cabaran yang sama, dimana pembeli diperlukan untuk membuat keuntungan dalam perniagaan. Untuk memulakan perniagaan dari rumah, anda boleh cuba pada 4 tip dibawah:

1. Mencari pasaran niche yang menguntungkan 

Bagaimana anda mencari niche yang menguntungkan? Anda boleh lihat pada pasaran dan juga mencari maklumat di internet dengan mencari di mana orang suka membelanjakan wang. Mencari pelanggan Ibarat seperti mencari bakal pengantin baru, perlu lihat dari jenis jantina, lelaki atau perempuan, umur , lokasi tempat tinggal untuk anda jalankan perniagaan pada pelanggan yang tepat untuk menjana pendapatan menguntungkan pada perniagaan anda.

Beberapa kelebihan menguntungkan terlalu kompetitif untuk perniagaan kecil untuk bersaing. Namun pelanggan tetap ingin mengeluarkan wang untuk mendapatkan produk perkhidmatan anda.

2. Membina senarai email anda sendiri. 

Kunci kepada keuntungan jangka panjang adalah apabila anda membina senarai email pelanggan ataupun bakal pelanggan anda . Anda boleh memberikan hadiah atau sesuatu percuma sebagai dorongan orang ramai untuk memberikan nama dan alamat e-mel kepada anda dengan mengisi borang sebagai tanda bersetuju untuk menerima mesej anda di masa hadapan melalui email.

3. Memasarkan produk-produk yang berkaitan dengan senarai email anda. 

Matlamat utama anda adalah untuk mempromosikan dan memberi tumpuan kepada prospek yang mempunyai hobi yang sama, keinginan atau obsesi kepada produk perkhidmatan anda jalankan, di mana kebanyakan daripada mereka bersedia membelanjakan wang jangka masa panjang. Pada permulaan, anda tidak semestinya perlu mempunyai senarai yang besar untuk menjana pendapatan.

Ia mengambil masa dan pengalaman  untuk anda mengumpulkan maklumat email yang banyak.

4. Belajar dari mereka yang berpengalaman dalam niche anda. 

Anda juga boleh melapangkan masa dalam mempelajari dan menyertai kursus-kursus  berkaitan bidang perniagaan anda dimana anda boleh belajar terus daripada pakar berkaitan niche perniagaan anda, melalui ini anda bukan sahaja mendapat maklumat dan informasi dari seseorang yang berpengalaman, tetapi juga dapat menguruskan penggunaan masa dalam perniagaan anda dengan lebih baik lagi dengan belajar dari pengalaman mereka.

Sumber : Artikel oleh Naiim Ahmad, trainer “Diploma Eksekutif Perniagaan Internet & Pemasaran Media Sosial” Asia eUniversity

Jumaat, 20 September 2013

JUMAAT PENGHULU SEGALA HARI





Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua...

Apa khabar? Semoga kita sentiasa berada dalam pemeliharaan dan perlindungai Allahdi dunia dan akhirat, insya-Allah. Pada hari ini kami ingin berkongsi sedikit satu artikel yang diperolehi daripada JAKIM tentang kelebihan hari Jumaat, penghulu segala hari. Jom, kita sama-sama baca...


Riwayat:  (Al-Bukhari)



Hadith: 



Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.



Huraian Hadith: 



1.      Islam menyerlahkan perbezaan yang begitu ketara dengan agama-agama lain agar umatnya tidak terkeliru seperti membezakan arah qiblat, kitab suci, hari raya, hari kebesaran dan sebagainya.



2.       Islam menetapkan bahawa hari Jumaat adalah sebagai penghulu segala hari. Ini berbeza dengan Yahudi yang membesarkan hari Sabtu dan Kristian yang membesarkan hari Ahad.



3.      Perbezaan-perbezaan yang ditetapkan oleh Islam ini hendaklah diamalkan dan dihayati secara praktikal oleh umat Islam kerana dengan cara ini akan menyerlahkan lagi jati diri setiap muslim serta menjauhkan mereka daripada terpengaruh dengan adat dan budaya yang cuba dibawa masuk oleh musuh Islam.



4.      Kegagalan umat Islam dalam mempromosikan Islam terhadap masyarakat bukan Islam akan mengakibatkan umat Islam dipandang hina dan Islam dipandang sepi. Dengan itu umat Islam hendaklah berhati-hati agar tidak terikut dengan semua adat dan budaya orang-orang bukan Islam sehingga membawa kepada rosaknya aqidah dan terpadamnya garisan yang telah ditetapkan oleh syarak.



Sumber - http://www.islam.gov.my/e-hadith/jumaat-penghulu-segala-hari

Selasa, 17 September 2013

SEIMBAS LALU DI MAJLIS AIDILFITRI KMCS 2013





KMCS mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengarah-Pengarah Bahagian (HQ) dan IKN, Warga Kraftangan Malaysia, semua usahawan kraf negeri Selangor dan Kuala Lumpur, rakan-rakan, para pelajar dan mantan warga KMCS (Kak Ila, Kak Odah dan Muin) yang sudi hadir untuk memeriahkan Majlis Aidilftri KMCS 2013 yang telah diadakan pada 4 September 2013 yang lalu.



Segunung ucapan terima kasih juga kami ucapkan kepada Yang Berbahagia Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Encik Mohd Kamil bin Mohd Ali atas kunjungan beliau ke majlis yang tidak seberapa ini. Kami juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih atas segala kerjasama baik semua yang telah bertungkus lumus demi menjayakan majlis jamuan raya pada tahun ini. 
























Kami amat gembira dengan kehadiran kalian semua dan insya-Allah jika umur panjang kita akan mengadakan majlis ukhwah sebegini lagi.

MOTIVASI -TUKAR UCAPAN NEGATIF KEPADA POSITIF

Jom, kita tukar ayat-ayat negatif yang sering kita ucapkan kepada ayat-ayat yang lebih membina peribadi dan sentiasa positif agar aura positif itu menjadikan kita lebih berjaya serta bahagia...



PROMOSI HIASAN DALAMAN & SENI TAMAN 2013

Untuk makluman, Bahagian Pasaran & Promosi dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan aktiviti Pertandingan Laman & Taman 2013 sempena Promosi Hiasan dalam & Seni Taman 2013 di mana ianya terbuka kepada usahawan Kraftangan Malaysia yang memberi perkhidmatan binaan wakaf, pagola dan hiasan landskap. Maklumat ringkas mengenai pertandingan adalah seperti berikut;

 Tarikh Binaan         :         28 & 29 September 2013 (Sabtu & Ahad)
 Konsep                  :         Dekorasi Laman & Taman
                                         ( Binaan Wakaf / Pagola & Landskap)
                                         Keluasan : 10 ft x 10 ft (setiap syarikat)
 Tarikh Penjurian      :         30 Sept – 3 Oktober 2013
 Juri                         :         Juri Profesional (Majlis Reka Bentuk
                                        Malaysia/ Persatuan Lanskap Malaysia/ IPTA /Juri Awam
                                        (kumpulan pembeli – rakan promosi)
 Lokasi                     :         Ruang Parkir (berdekatan surau)

 ( *maklumat lengkap bolehlah merujuk kepada syarat-syarat peraturan yang terdapat pada
      borang penyertaan )

Objektif pelaksanaan pertandingan ini adalah bertujuan memberi peluang kepada usahawan kraf untuk mempamerkan hasil binaan wakaf atau pagola syarikat masing-masing yang merangkumi penggunaan produk kraf tempatan dalam aspek seni binaan, hiasan dalaman dan luaran dan landskap laman dan taman.

Sehubungan itu, bagi usahawan kraf yang berminat untuk menyertai pertandingan tersebut ini bolehlah melengkapkan borang di lampiran dan hantar kembali kepada Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor melalui talian faks : 03-60915463.

*Penyertaan pertandingan terhad kepada sepuluh (10) penyertaan terawal sahaja.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan Cik Mursyida / Cik Zuridah / Pn. Nawwar di talian 03-60916564.
       
*Maaf borang tidak dapat dimuat naik kerana masalah teknikal. Bagi usahawan yang berminat boleh hubungi kami untuk dapatkan menerusi emel. Harap maklum.

Selasa, 6 Ogos 2013

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DARI WARGA KMCS



Assalamualaikum w.b.t.


Tinggal 2 atau 3 hari sahaja lagi untuk Ramadhan berlalu pergi meninggalkan kita untuk meneruskan amalan-amalan mulia yang Ramadhan tarbiahkan. Keikhlasan kita berpuasa hanya kerana Allah tentu membuatkan kita terlalu sedih untuk berpisah dengan Ramadhan lalu merataplah pencinta-pencinta Ramadhan. “Ramadhan, ku pohon usah kau pergi”.

Justeru, marilah kita jadikan Ramadhan ini sebagai bulan permulaan kepada hari-hari yang masih berbaki. Izinkan saya berkongsi pesanan Rektor universiti maya U-MKI kepada siswa(i):

“Pasca Ramadhan nanti kita tekadkan hati sekurang-kurangnya mahu meneruskan beberapa amalan khusus yang boleh dilaksanakan setelah 30 hari berlatih dan merenung diri.



 
Solat berjemaah/menjaga aurat
 
Solat malam
 
Solat Dhuha
 
Puasa sunat
 
Membaca Al-Quran
 
Menjaga hati

Berdoalah kepada-Nya semoga dipermudahkan”. Sekadar renungan mata hati.

Kami warga kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor (KMCS) mengambil kesempatan mengucapkan, “Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H, Maaf Zahir Batin” kepada warga Kraftangan Malaysia dan rakan-rakan pembaca setia blog KMCS. Bagi yang pulang berhari raya di kampung halaman, kami doakan semoga perjalanan kalian dipermudahkan dan dilindungi Allah s.w.t, insya-Allah.







Isnin, 22 Julai 2013

PROMOSI KRAF AIDILFITRI 2013

Jom, ramai-ramai kita meriahkan Promosi Kraf Aidilfitri 2013 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay bermula pada 24 Julai hingga 3 Ogos 2013.

 

 

Selasa, 16 April 2013

TAKWIM AKTIVITI PROMOSI 2013 - TERKINI

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Bagi usahawan yang masih belum menerima Takwim Aktiviti Promosi Anjuran Kraftangan Malaysia 2013, bolehlah menyemak takwim berkenaan di blog KMCS ini. Kepada usahawan yang telah menerima takwim yang saya telah emelkan sebelumnya, mohon semak tarikh baru bagi pelaksanaan aktiviti Promosi Kerja Kahwin dan Promosi Kraf Aidilfitri kerana terdapat sedikit perubahan tarikh. Takwim yang disertakan di sini adalah takwim yang terkini kami terima daripada pihak Ibu Pejabat.




* Sekiranya tidak jelas mohon emel kepada saya di mursyida@kraftangan.gov.my untuk mohon takwim ini.

Isnin, 8 April 2013

I-REKA - DAPUR BERKONSEPKAN 'CUBISM'




Artikel bagi ruangan I-Reka pada hari ini Isnin (8 April 2013) telah disediakan oleh Cik Mursyida Md Isa @ Mansor bertajuk, "Dapur Berkonsepkan 'Cubism'".