Khamis, 24 Februari 2011

HKK2011 SUDAH DIRASMIKAN


Hari ini, 24 Februari 2011 adalah merupakan hari perasmian HKK2011 dan telah dirasmikan oleh Yang Amat Berbahagia Puan Sri Datin Hajah Noorainee binti Haji Abdul Rahman, Isteri Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Tahniah kepada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia atas inisiatif mengadakan Hari Kraf Kebangsaan bagi mengiktiraf pengusaha dan penggiat kraf dalam mengembangkan industri kraf negara. Walaupun kraf tidak memberi pulangan yang lumayan tetapi jika diusahakan secara lebih teratur, perusahaan ini boleh membantu meninggikan pendapatan ramai yang bekerja separuh masa atau bersendirian yang biasanya berpendapatan rendah.

Kraf adalah industri warisan yang bergantung banyak kepada kecekapan tangan individu yang terlibat. Ada yang begitu cekap sehingga hasil kerja mereka begitu halus dan bernilai amat tinggi.

Kraf mencerminkan budaya dan seni yang memberi identiti kepada sesuatu bangsa. Oleh kerana sebab- sebab inilah dan potensinya sebagai industri yang boleh memberi pulangan yang baik, yang kita perlu hidupkan sebagai warisan kraf kita.

Sepanjang HKK diadakan, pelbagai program menarik telah dirancang untuk pengunjung antaranya ialah Jualan Kraf, Promosi Khas, Pameran Kelengkapan Rumah, Pameran Seni Ukiran Kayu Dalam Seni Bina, Pameran dan Jualan Produk Kraf Rekaan Baru.

Pengunjung juga berpeluang untuk melihat sendiri keindahan produk-produk kraf yang dikeluarkan oleh usahawan kraf tempatan dan diharapkan kepada semua pengunjung agar bersama-sama mempromosikan produk kraf tempatan sebagai pilihan utama untuk dijadikan hiasan atau cenderahati. Dengan cara ini kita dapat memperluaskan lagi pengedaran produk kraf tempatan.



Tiada ulasan:

Catat Komen