Selasa, 6 Mac 2012

BATIK OH BATIK! ALHAMDULILLAH USAHA KAMI BERHASIL


YAB Timbalan Perdana Menteri sedang menyempurnakan logo Hari Wilayah

Cenderahati kepada YAB Timbalan Perdana Menteri yang telah disampaikan oleh YB Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar

Alhamdulillah, tiada ayat yang mampu kami ucapkan selain bersyukur pada Allah kerana segala urusan kami dipermudahkan. Walaupun sejak daripada awal pelbagai masalah yang kami hadapi bagi memberikan rekaan seperti yang dikehendaki oleh pihak Perbadanan Putrajaya demi menjayakan Majlis Penutup Sambutan Hari Wilayah yang telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Hj. Yasin pada 26 Februari 2011 yang lalu. Acara yang paling dinanti-nantikan setelah selesai acara perasmian penutup adalah acara gimik pelancaran iaitu YAB Tan Sri Muhyiddin Hj. Yasin menyempurnakan logo Hari Wilayah yang telah dicanting pada kain 4 meter jenis satin. Kegembiraan jelas terpancar pada wajah kami setelah majlis ini berlangsung seperti yang dirancangkan. Alhamdulillah, syukur pada-Mu ya Allah.

Majlis ini juga telah diadakan bersama Karnival WOW! Putajaya 2012 telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik termasuk penglibat pelbagai agensi kerajaan dan swasta seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Tourism Malaysia, Balai Seni Lukis Negara dan banyak lagi. Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor dan Institut Kraf Negara juga tidak ketinggalan bagi memeriahkan aktiviti dengan mengadakan interaktif kraf mencanting batik, pameran dan jualan produk kraf.


Program interaktif kraf Batik dibawah khemah Kraftangan Selangor



 -----------------------------------------------------------------------------------

Acara gimik pelancaran Majlis Penutupan Sambutan Hari Wilayah tahun 2012













-----------------------------------------------------------------------
Lawatan oleh YBhg Tan Sri Samsudin B Osman, Presiden Perbadanan Putrajaya ke tapak aktiviti mencanting batik





1 ulasan: