Jumaat, 10 Ogos 2012

BERSEKUTU BERTAMBAH MUTU



            Ibarat peribahasa “Bersekutu bertambah mutu”... Jika bersepakat untuk menghasilkan sesuatu yang ingin dicapai, maka akan beroleh kecemerlangan dengan terhasilnya muafakat, insya-Allah ini adalah memperkatakan tentang pertemuan pada 7 Ogos 2012, iaitu di antara pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor (KMCS) yang diketuai oleh Pengarah KMCS iaitu Puan Ruslah Khalid, Timbalan Pengarah, Encik Rosman Manan, pegawai Unit Usahawan KMCS bersama wakil dari Pembangunan Asnaf MAIS Zakat Selangor, diketuai oleh Pengurus MAIS Zakat Sdn. Bhd. dan Pen. Pegawai Kraf dalam membincangkan mengenai kolaborasi yang bakal ditempuhi bersama untuk membantu golongan asnaf fakir miskin di negeri Selangor.
            Alhamdulillah setelah melalui perbincangan, pihak KMCS telah memberi beberapa cadangan balas yang bernas kepada pihak Asnaf MAIS Zakat untuk mengadakan beberapa kursus yang dicadangkan oleh mereka. Kursus yang ditawarkan oleh pihak Pembangunan Asnaf MAIS Zakat adalah kursus anyaman rotan / mengkuang, kursus pembuatan bunga tekap dan kursus serat tumbuhan yang akan dipelajari oleh peserta-peserta asnaf fakir miskin yang bernaung di bawah Asnaf MAIS Zakat Selangor.
            Pihak   KMCS   amat   berbesar  hati  menerima  kehadiran  mereka  dan  sudi membantu. Semoga niat dan usaha untuk membantu membangunkan asnaf fakir miskin ini dipermudahkan dan diberkati Allah, insya-Allah.
 
Wakil dari Pembangunan Asnaf MAIS Zakat Selangor

Wakil dari Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor (KMCS)

Sesi perbincangan telah bermula...
 
Teruja membincangkan usaha membantu asnaf fakir miskin di
bulan Ramadhan yang mulia. Alhamdulillah.
          
Sumber disediakan oleh Marshila binti Marzuki / Rabu/ 8 Ogos 2012.

Tiada ulasan:

Catat Komen