Rabu, 5 Disember 2012

TAKLIMAT KAJIAN INDUSTRI KRAF (KIK) 2010 – 2012





Pada hari Isnin yang lalu, kami di KMCS telah menerima kunjungan oleh dua orang pegawai Bahagian Strategi Korporat (BSK) Ibu Pejabat bagi sesi taklimat berkaitan Kajian Industri Kraf (KIK) tahun 2010 hingga 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat KMCS. Dua pegawai tersebut adalah Puan Nariman dan Puan Marlina telah tiba di KMCS lebih kurang pada pukul 10.00 pagi. 











Sebenarnya kedatangan mereka berdua ke sini adalah bagi memenuhi jemputan Puan Pengarah bagi membincangkan pelaksanaan KIK yang akan bermula pada minggu hadapan. Sesi taklimat ini lebih kepada sesi soal jawab bagi membincangkan soalan-soalan yang terkandung dalam kajian ini supaya setiap pegawai KMCS yang akan terlibat dalam melaksanakan kajian ini mendapat gambaran yang jelas dan mampu untuk menjayakan kajian ini mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan oleh BSK. Jom, kita lihat gelagat masing-masing pada sesi taklimat ini berlangsung.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan