Rabu, 25 September 2013

PROMOSI KRAF HIASAN DALAMAN DAN LAMAN TAMAN




Hanya 2 hari lagi! Kami, warga KMCS ingin berbesar hati menjemput rakan-rakan dan pembaca setia blog KMCS untuk bersama-sama datang beramai-ramai memeriahkan  Promosi Hiasan Dalaman dan Seni Taman 2013 yang akan diadakan bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur bermula 27 September  hingga 6 Oktober 2013. Seramai 15 usahawan kraf Negeri Selangor dan Kuala Lumpur akan menyertai promosi ini dan apa yang pasti, mereka akan mempamerkan produk kraf yang terbaik dan berkualiti buat anda semua.


Pada kali ini Kraftangan Malaysia bukan sahaja mengetengahkan aktiviti demonstrasi, pameran dan jualan kraf namun, banyak aktiviti lain yang menarik menanti anda. Terdapat banyak aktiviti pertandingan yang boleh disertai oleh para pengunjung. Di antara pertandingan yang boleh disertai adalah seperti :


    .       Pertandingan ‘Craft Chef Of The Day’, dan 


    .      Pertandingan Permainan Congkak Malaysia.


Cepat hubungi 03-2192 7459 untuk maklumat lanjut! Apa lagi, jom kita cuba. Bak kata pepatah, ‘untung sabut timbul, berat batu tenggelam’. Manalah tahu ada rezeki anda di sana. 


Datang beramai-ramai. Masuk adalah PERCUMA.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan