Isnin, 19 Januari 2015

MAKMAL PENGELUARAN PRODUK KRAF ANYAMAN ROTAN SEMPENA HKK 2015


Pada 12 - 17 Januari 2015 yang lalu, Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor (KMCS) telah mengadakan Makmal Pengeluaran Produk Kraf Anyaman Rotan sempena Hari Kraf Kebangsaan 2015 (HKK 2015) telah berlangsung di Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor (KMCS) bertempat di Studio Rotan, Bangunan Rotan, Institut Kraf Negara, Rawang.




Peserta yang terlibat terdiri daripada usahawan kraf anyaman rotan negeri Selangor dan beberapa peserta jemputan daripada negeri Melaka. KMCS juga telah menjemput khas tenaga pengajar anyaman rotan dari negeri Melaka iaitu Encik Ishak Bin Kassim yang merupakan salah seorang Adiguru Kraf Anyaman Rotan pada tahun 2011.




Bengkel selama 5 hari ini telah berlangsung dengan jayanya dan majlis penutup telah disempurnakan oleh Encik Zahir bin Ahmad pada 17 Januari 2015. Kami, warga KMCS mengucapkan terima kasih atas kerjasama baik yang telah diberikan oleh semua dalam menjayakan program ini. Terima kasih daun keladi :)










Tiada ulasan:

Catat Komen