Gambar-gambar bagi ruangan I-Reka pada hari ini Isnin (19 Disember 2011) telah disumbangkan oleh Nawwar Hidayah binti Di Nek Kamal bertajuk, "Rekaan Pembungkusan Yang Menarik".
NO. 1, KM. 20, JALAN IPOH-RAWANG, TAMAN REKREASI TEMPLER, 48000 RAWANG, SELANGOR. TEL:03-60916564 FAKS:03-60915463
Isnin, 19 Disember 2011
Jumaat, 16 Disember 2011
DARI SATU DESTINASI KE SATU DESTINASI…( hari ke 2 )
Hassan Besi Enterprise
Pada 23 November yang lalu,
kami memulakan lawatan hari kedua ke tempat usahawan kraf di sekitar Gombak dan
Batu Caves. Lawatan oleh Pengarah
Kraftangan Cawangan Selangor ini, turut disertai pegawai Unit Usahawan.
Destinasi pertama kami ialah ke tempat Hassan Besi (atau lebih mesra dengan panggilan
Pak Hassan Besi oleh penduduk setempat) yang terletak di Batu 11 Jalan Gombak
berhampiran Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak.
Beliau merupakan seorang
pandai besi dalam penbuatan senjata-senjata Melayu terdiri daripada keris,
parang, pedang, tombak, pisau dan sebagainya. Setibanya di bengkel Pak Hassan,
beberapa soalan diajukan kepada Pak Hassan sebagai kaji selidik oleh Unit
Usahawan. Setelah segala tugasan diselesaikan, kami meninggalkan bengkel Pak
Hassan.
Rubinga Heritage Sdn Bhd
Destinasi kami yang kedua
ialah Rubinga Heritage Sdn Bhd yang terletak di Lot 3603, Jalan Sungai Pusu
Gombak. Rubinga Heritage merupakan usahawan dalam pembuatan sarung dan hulu
senjata Melayu seperti keris, parang dan sebagainya. Setibanya di sana, kami
disambut oleh Encik Yusaini merupakan eksekutif pemasaran di Rubinga Heritage.
Apa
yang menarik di Kompleks Rubinga
Heritage ini ialah terdapat sebuah galeri yang besar bagi menempatkan pelbagai
jenis senjata Melayu. Menurut Encik Yusaini, terdapat lebih dari 5000 bilah
senjata Melayu yang berada dalam simpanan Rubinga Heritage sama ada untuk
jualan atau pameran. Menurut Encik Yusaini lagi, kebanyakan mata senjata
ditempah dari Pak Hassan (Hassan Besi ) dan beberapa rakan taulan beliau. Ada beberapa
senjata yang ditempah khas dari Tanah Jawa Indonesia sebagai koleksi Rubinga
Heritage. Setelah satu jam meluangkan masa menemubual, kami meninggalkan
Rubinga Heritage dengan seribu satu kenangan.
ZBY Design
Destinasi kami yang terakhir
pada hari ini ialah ZBY Design terletak di Taman Koperasi Polis Fasa 2 Batu
Caves. Setibanya di sana, kami disambut oleh Puan Zubaidah yang merupakan pemilik
ZBY Design. ZBY Design merupakan
usahawan dalam bidang batik. Puan Zubaidah menceritakan latar belakang sejarah
awal ZBY Design ditubuhkan, cabaran yang dihadapi dan perancangan beliau. Hasil
temubual akan kami analisis untuk tindakan KMCS bagi membantu membagunkan
usahawan kraf insya-Allah!, beberapa produk baru dan rekaan baru ditunjukkan
kepada kami. PETUA : 7 SUNNAH HEBAT
Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini Jumaat (16 Disember 2011) telah disumbangkan oleh Zuridah binti Zainal Abidin bertajuk, "7 Sunnah Hebat".
TAZKIRAH MINGGUAN
Assalamualaikum dan Salam Ukhwah.
Pada
kebiasaanya, Sesi Tazkirah akan menyusul selepas selesai bacaan Yasin.
Jika pada minggu lepas kita telah mengikuti Hadith 15 yang telah dipetik
dari buku BUKAN DARI GOLONGANKU… Himpunan Ustaz Kamil Ashaari dan
Nafisah Binti Hj. Md. Tahir cetakan pertama Ogos 2007, jadi, marilah
kita sama-sama menghayati dengan penuh tawadhuk maksud hadith 16 minggu
ini, "Bukan Dari Golongan Kami……..Yang Meniru Atau Menyerupai Yahudi DanNasrani" yang telah dimuatkan di ruangan Tazkirah Mingguan. Semoga kita semua terhindar daripada menjadi orang bukan daripada golongan Nabi Muhammad s.a.w, Nauzubillah!
Khamis, 15 Disember 2011
SATU DESTINASI KE SATU DESTINASI.......
Pua Indah Sdn Bhd
21 November 2011
(Selasa)
Kali ini destinasi
kami bukan lagi ke Kampung Sungai Bumbun ataupun ke Kampung Sungai
Kurau.... tetapi ke tempat usahawan sekitar Rawang.....membawa Pengarah KMCS
bersama misinya untuk memantau usahawan.
Lawatan kerja ini
turut disertai Pegawai dan Pengajar Kraf dari Unit Usahawan yang
dipertanggungjawabkan dengan tugasan meninjau dan bertanyakan isu / pemasalahan
yang dihadapi oleh usahawan KMCS sepanjang berkecimpung di dalam pengeluaran kraf,
pandangan terhadap potensi bisnes dan potensi industri, kekangan / cabaran serta
usul-usul penambahbaikan dan menangani pemasalahan. Tidak dilupakan KMCS
meninjau persiapan usahawan yang terlibat di dalam mengeluarkan rekaan-rekaan
baru serta produk-produk baru bagi Promosi Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2012.
Perbincangan diadakan bagi mengenalpasti langkah-langkah untuk menangani setiap
pemasalahan dan isu yang diutarakan.
Koleksi hasil kerja Pua Indah Sdn. Bhd.
Destinasi dimulai
dengan perjalanan ke bengkel kraf batik di Taman Bersatu Rawang yang dimiliki
oleh En. Jaludin Bin Hj. Zaini. Sememangnya rekaan yang dihasilkan oleh En.
Jaludin atau lebih mesra dengan panggilan Abang Din itu mempunyai identitinya
sendiri sesuai dengan nama syarikat yang beliau miliki iaitu Pua Indah
Enterprise. Justeru, rekaan batik beliau lebih tertumpu kepada rekacorak pua
itu sendiri iaitu satu rekaan yang
berindentitikan motif dari Bumi Kenyalang Sarawak.
Beliau sekarang cuba
mengaplikasikan teknik batik blok ke atas batik canting yang diilhamkannya. Kegigihan
usaha yang digemblengkan dengan daya kretiviti tinggi, dilihat sebagai
permulaan yang boleh membawa graduan lepasan IKN ini ke tahap yang lebih
cemerlang, dengan sokongan promosi dan pemasaran dari Kraftangan Malaysia.
East Art Enterprise
Cantik sungguh hasil kerja tangan daripada East Art Enterprise
Selesai lawatan kami
di bengkel pertama, kami bergerak pula ke destinasi yang lain pula, kali ini ke
bengkel kraf logam iaitu East Art Enterprise dan D’Astek Craft yang terletak di
Bukit Sentosa, Rawang Selangor. Rata-rata usahawan yang kami kunjungi telahpun
membuat persiapan pengeluaran produk bagi HKK 2012. Bagi rekaan produk pula,
kedua-dua syarikat logam ini mempunyai sasaran produk yang tersendiri dan
rekaan mereka juga tidak kurang
hebatnya. Hasil ketukangan yang halus dan berkualiti telah menambat klien korporat,
kerajaan dan istana. KMCS turut berbangga dengan pencapaian mereka!
Usahawan muda De' Astek Craft
Di antara koleksi aksesori wanita keluaran De' Astek Craft
Selepas selesai di
sana, kami bertukar destinasi pula ke satu lagi bengkel kraf logam yang
bertempat di Bandar Tasik Puteri dan nama syarikat ini adalah Akar Emas Trading
yang dimiliki oleh graduan Institut Kraf Negara (IKN) Raja An Nurul
Hishamuddin. Bengkel ini baru sahaja berpindah ke tempat yang baru iaitu dari
Selayang ke Rawang. Bengkel baru beliau kelihatan begitu kemas dan teratur, dan
sememangnya boleh mendatangkan mood kerja
yang baik. Syarikat Akar Emas Trading juga tidak ketinggalan menyediakan produk
bagi HKK 2012. Beliau sempat berkongsi cerita tentang perancangan perniagaannya
dengan nada perlahan tapi penuh berkeyakinan.
Pengarah dan beberapa pegawai Unit Usahawan bersama pemilik syarikat Akar Emas Trading
Berdasarkan
pengamatan KMCS dan melalui temubual bersama pemilik syarikat, rata-rata mereka
telah membuat persediaan untuk HKK 2012 dengan
menghasilkan rekaan-rekaan baru sebagaimana Kraftangan Malaysia kehendaki.
Kesungguhan mereka menyahut seruan Kraftangan Malaysia ini melapangkan hati
KMCS!
Wah, cantiknya rantai ni...
Kami warga KMCS
berdoa dan berharap agar apa juga yang dirancang oleh semua usahawan KMCS akan mendatangkan kejayaan dan kebaikan untuk
syarikat, Insya- Allah. SELAMAT MAJU JAYA!
SANTAPAN ROHANI - KEHEBATAN SYURGA BERDASARKAN AL-QURAN
Artikel bagi ruangan Santapan Rohani pada hari ini Khamis (15 Disember 2011) telah disumbangkan oleh Mohd Fathul Muin bin Mohd Hafid bertajuk, "Kehebatan Syurga Berdasarkan Al-Quran".
Rabu, 14 Disember 2011
SALAM TAKZIAH...
Kami warga KMCS mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Nazari bin Maarus, Pereka di Kraftangan Malaysia yang telah kembali ke rahmatullah pada 13 Disember 2011 yang lalu.
Allahyarham merupakan seorang anggota kerja dan sahabat yang sangat kami sayangi. Pemergiannya amat dirasai oleh seluruh warga di Kraftangan Malaysia. Kami mendoakan agar Allah mengampunkan segala dosa-dosanya, mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya
di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
MOTIVASI - KISAH YANG MENYENTUH EMOSI
Artikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini Rabu (14 Disember 2011) telah disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor bertajuk, "Kisah Yang Menyentuh Emosi".
Selasa, 13 Disember 2011
LAWATAN TAPAK UNTUK MEMBANGUNKAN LOJI RAWATAN SISA BATIK
Sesi penerangan oleh pegawai Bahagian Teknikal
Lokasi yang sesuai untuk logi terbabit
Pada 8 Disember 2011
(Khamis) yang lalu, satu lawatan tapak telah diadakan di bengkel usahawan Abas
& Sal Batik yang bertempat di Gombak yang telah dihadiri oleh Jurutera dan
pegawai Bahagian Teknikal Ibu Pejabat, Pengarah bersama Ketua Unit Usahawan dan
Juruteknik KMCS. Lawatan ini bertujuan untuk menerangkan kepada usahawan Abas
& Sal Batik tentang tawaran membangunkan loji rawatan sisi batik serta
kawasan yang sesuai untuk menempatkan loji terbabit. Loji ini berupaya untuk menapis
dan menjadikan air kumbahan batik ‘neutral dan dapat disalurkan ke sungai
kerana mempunyai nilai pH air yang sesuai di antara 6.0 – 9.0 seperti yang
telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). Premis Abas & Sal Batik
akan menjadi perintis premis usahawan yang mengguna pakai loji ini.
Kawasan basuhan batik yang asal
I-REKA - RANTAI LEHER IDAMAN
Artikel bagi ruangan I-Reka pada hari ini, Selasa (13 Disember 2011) bertajuk, "Rantai Leher Idaman".
Jumaat, 9 Disember 2011
PETUA MEMASAK
Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini Jumaat (9 Disember 2011) telah disumbangkan oleh Puan Rosmawati binti Zubir bertajuk "Petua Memasak".
TAZKIRAH MINGGUAN
Assalamualaikum dan Salam Ukhwah.
Pada kebiasaanya, Sesi Tazkirah akan menyusul selepas selesai bacaan Yasin. Jika pada minggu lepas kita telah mengikuti Hadith 14 yang telah dipetik dari buku BUKAN DARI GOLONGANKU… Himpunan Ustaz Kamil Ashaari dan Nafisah Binti Hj. Md. Tahir cetakan pertama Ogos 2007, jadi, marilah kita sama-sama menghayati dengan penuh tawadhuk maksud hadith 15 minggu ini, "Bukan Dari Golonganku... Yang Meniru (Menyerupai) Kaum Wanita Atau Sebaliknya" yang telah dimuatkan di ruangan Tazkirah Mingguan. Semoga kita semua terhindar daripada menjadi orang bukan daripada golongan Nabi Muhammad s.a.w, Nauzubillah!
Pada kebiasaanya, Sesi Tazkirah akan menyusul selepas selesai bacaan Yasin. Jika pada minggu lepas kita telah mengikuti Hadith 14 yang telah dipetik dari buku BUKAN DARI GOLONGANKU… Himpunan Ustaz Kamil Ashaari dan Nafisah Binti Hj. Md. Tahir cetakan pertama Ogos 2007, jadi, marilah kita sama-sama menghayati dengan penuh tawadhuk maksud hadith 15 minggu ini, "Bukan Dari Golonganku... Yang Meniru (Menyerupai) Kaum Wanita Atau Sebaliknya" yang telah dimuatkan di ruangan Tazkirah Mingguan. Semoga kita semua terhindar daripada menjadi orang bukan daripada golongan Nabi Muhammad s.a.w, Nauzubillah!
Khamis, 8 Disember 2011
SANTAPAN ROHANI - BILA MEMUJI...
Artikel bagi ruangan Santapan Rohani pada hari ini Khamis (8 Disember 2011) merupakan koleksi artikel Bank Artikel KMCS bertajuk, "Bila Memuji".
Rabu, 7 Disember 2011
MOTIVASI - KISAH PEMANCING CILIK
Artikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini Rabu (7 Disember 2011) telah disumbangkan oleh Cik Mursyida Md Isa @ Mansor bertajuk, "Kisah Pemancing Cilik".
Selasa, 6 Disember 2011
I-REKA - BINAAN DARIPADA PASIR
Artikel bagi ruangan I-Reka pada hari ini, Selasa (6 Disember 2011) telah disumbangkan oleh Puan Suzita binti Mohd Sawi bertajuk "Binaan Daripada Pasir".
Isnin, 5 Disember 2011
PETUA KEKAL LANGSING
Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini isnin (5 Disember 2011) telah disumbangkan oleh Cik Amalina Binti Rossli bertajuk "Petua Kekal Langsing".
Jumaat, 2 Disember 2011
SANTAPAN ROHANI - 15 CIRI WANITA SYURGA
Artikel bagi ruangan Santapan Rohani pada hari ini Jumaat (2 Disember 2011) telah disumbangkan oleh Sri Norhafeeza binti Abdul Razak bertajuk, "15 Ciri Wanita Syurga".
TAZKIRAH MINGGUAN
Assalamualaikum dan Salam Ukhwah.
Pada kebiasaanya, Sesi Tazkirah akan menyusul selepas selesai bacaan Yasin. Jika pada minggu lepas kita telah mengikuti Hadith 13 yang telah dipetik dari buku BUKAN DARI GOLONGANKU… Himpunan Ustaz Kamil Ashaari dan Nafisah Binti Hj. Md. Tahir cetakan pertama Ogos 2007, jadi, marilah kita sama-sama menghayati dengan penuh tawadhuk maksud hadith 14 minggu ini, "Bukan Dari Golongkanku… Yang Melampau Ketika Meratapi Sesuatu Kematian” yang telah dimuatkan di ruangan Tazkirah Mingguan. Semoga kita semua terhindar daripada menjadi orang bukan daripada golongan Nabi Muhammad s.a.w, Nauzubillah!
Pada kebiasaanya, Sesi Tazkirah akan menyusul selepas selesai bacaan Yasin. Jika pada minggu lepas kita telah mengikuti Hadith 13 yang telah dipetik dari buku BUKAN DARI GOLONGANKU… Himpunan Ustaz Kamil Ashaari dan Nafisah Binti Hj. Md. Tahir cetakan pertama Ogos 2007, jadi, marilah kita sama-sama menghayati dengan penuh tawadhuk maksud hadith 14 minggu ini, "Bukan Dari Golongkanku… Yang Melampau Ketika Meratapi Sesuatu Kematian” yang telah dimuatkan di ruangan Tazkirah Mingguan. Semoga kita semua terhindar daripada menjadi orang bukan daripada golongan Nabi Muhammad s.a.w, Nauzubillah!
Khamis, 1 Disember 2011
GENIUSKAH ANDA?
Artikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini Khamis (1 Disember 2011) telah disumbangkan oleh Mursyida Md. Isa @ Mansor bertajuk, "Geniuskah Anda?"
SEKADAR UNTUK BERKONGSI ILMU...
KESEMPURNAAN
DIRI,DUNIA DAN AKHIRAT
Disediakan oleh Mohd Fathul Muin bin Mohd Hafid/ Khamis/ 1 Disember 2011.
Hadis Muthahharah
Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid r.a. telah berkata : “Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah s.a.w yang mana dia telah menyatakan tujuannya : Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat. Maka baginda s.a.w telah berkata kepadanya. Tanyalah apa yang engkau kehendaki “
Orang Arab bertanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
1. Aku mahu menjadi orang yang alim.
Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim.
2. Aku mahu menjadi orang paling kaya.
Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya.
3. Aku mahu menjadi orang yang adil.
Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia .
4. Aku mahu menjadi orang yang paling baik.
Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia.
5. Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah s.w.t.
Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah.
6. Aku mahu disempurnakan imanku.
Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna.
7. Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin ( baik ).
Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin.
8. Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat.
Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat.
9. Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa.
Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalamkeadaan suci daripada dosa.
10. Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya.
Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya.
11. Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat.
Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat.
12. Aku mahu dihapuskan segala dosaku.
Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan( kurangkan ) segala dosamu.
13. Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia.
Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia.
14. Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.
Sentiasa menyerah diri (tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia.
15. Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.
Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu.
16. Aku mahu termasuk dalam golongan
mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya.
Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh mereka.
17. Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat.
Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya.
18. Aku mahu diterima segala permohonanku.
Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya.
19. Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat.
Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat.
20. Siapa yang terselamat daripada dosa?
Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan.
21. Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian ( bala ).
22. Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.
23. Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ?
Sedekah dalam keadaan sembunyi ( tidak diketahui ) dan menghubungkan kasih saying.
24. Apakah yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Sabar di dunia dengan bala dan musibah.
Telah berkata Imam Mustaghfirin: “Aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaat selain hadis ini.”
Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh mereka.
17. Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat.
Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya.
18. Aku mahu diterima segala permohonanku.
Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya.
19. Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat.
Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat.
20. Siapa yang terselamat daripada dosa?
Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan.
21. Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian ( bala ).
22. Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.
23. Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ?
Sedekah dalam keadaan sembunyi ( tidak diketahui ) dan menghubungkan kasih saying.
24. Apakah yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Sabar di dunia dengan bala dan musibah.
Telah berkata Imam Mustaghfirin: “Aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaat selain hadis ini.”
Kredit
kepada http://rojulalaqidah.blogspot.com
Langgan:
Catatan (Atom)





























