Khamis, 12 Januari 2012

KARNIVAL PERDANA KOMUNITI 1 MALAYSIA

Jabatan Penerangan Malaysia dengan kerjasama Kraftangan Malaysia serta agensi-agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) telah berganding bahu menjayakan Karnival Perdana Komuniti 1 Malaysia pada 6 hingga 8 Januari 2011 bertempat di Padang Jalan Kantan, Bukit Sentosa, Hulu Selangor, Selangor. Program ini telah dirasmikan pada 6 Januari 2012 oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak dan telah dihadiri oleh seramai 20 ribu masyarakat setempat berbilang bangsa.
Pihak Kraftangan Malaysia dengan kerjasama Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor (KMCS) terlibat dalam pengendalian khemah pameran dan jualan, pendaftaran usahawan dan juga kutipan laporan jualan usahawan. Walaupun cuaca panas terik namun tidak menghalang para usahawan untuk memberikan layanan dan tawaran harga yang istimewa kepada pengunjung yang datang. Insya-Allah jika ada rezeki kami akan ke sana lagi untuk program yang lain pula.
Pendaftaran usahawan dan penempatan khemah jualan usahawan



Seisi taklimat oleh wakil dari Jabatan Penerangan Malaysia


Majlis perasmian oleh YAB Perdana Menteri

Lawatan ke tapak jualan oleh YAB Perdana Menteri dan isteri

Demonstrasi ukiran patung dari SDSI Perkampungan Orang Asli Pulau Carey

Pameran Korporat Kraftangan Malaysia







I-REKA - SENI GRAFITTI DALAM GAMBARAN POSITIF




Artikel bagi ruangan I-Reka pada hari ini, 12 Januari 2012 (Khamis) telah disumbangkan oleh Cik Marshila Marzuki bertajuk "Seni Grafitti Dalam Gambaran Positif".

Rabu, 11 Januari 2012

PETUA - MENGURANGKAN RAMBUT GUGUR



Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini, 11 Januari 2012 (Rabu) telah disumbangkan oleh Encik Rushdan bin Ahmad bertajuk, "Mengurangkan Rambut Gugur".

Selasa, 10 Januari 2012

SANTAPAN ROHANI - KITA ADALAH PEMIMPIN


Marilah kita bersama-sama menghayati kandungan artikel bagi ruangan Santapan Rohani pada hari ini Selasa (10 Januari 2012) bertajuk 'Kita Adalah Pemimpin' yang telah disumbangkan oleh Nawwar Hidayah.

Isnin, 9 Januari 2012

MOTIVASI - 5 TIP BAGAIMANA MENINGKATKAN MOTIVASI DIRI

Artikel bagi ruangan Motivasi pada hari Isnin (9 Januari 2012) bertajuk "5 Tip Bagaimana Meningkatkan Motivasi Diri". Mari kita sama-sama manfaatkan isi kandungan motivasi yang diberikan.

Jumaat, 6 Januari 2012

I - REKA - DECOUPAGE



Artikel bagi ruangan I-Reka pada hari ini Jumaat (6 Januari 2012) telah disumbangkan oleh Zuridah Binti Zainal Abidin bertajuk 'Decoupage'.

Khamis, 5 Januari 2012

PETUA - ALAHAN SEMASA MENGANDUNG


Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini Khamis (5 Januari 2012) telah disediakan oleh Syahrul Hakimi bin Setapa bertajuk, "Alahan Semasa Mengandung".

Rabu, 4 Januari 2012

CERAMAH AGAMA - TRANSFORMASI KERJAYA DALAM KONSEP HIJRAH


Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah kerana dengan rahmat-Nya kita masih lagi diberikan segala nikmat terutamanya nikmat yang tidak terhingga iaitu masih dapat bernafas di bumi Allah yang penuh barakah ini. Walaupun kita sering dihimpit dengan pelbagai ujian dan dugaan dalam melayari kehidupan ini, namun Allah sentiasa bersama kita dan tidak pernah meninggalkan kita walaupun sesaat.  Nikmat Allah sentiasa ada dan cuma kita sebagai hamba-nya ini yang sering kali terleka dengan nikmat dunia sehingga sering melupakan-Nya.

 
Sempena meraikan sambutan Maal Hijrah pada tahun ini, KMCS telah mengambil kesempatan untuk mengadakan ceramah agama bertajuk Transformasi Kerjaya Dalam Konsep Hijrah. Ceramah agama ini telah diadakan pada 28 Disember 2011 dan telah disampaikan oleh YBhg Ustaz Husni Mubarak. Ceramah yang begitu santai telah berjaya membuka mata dan minda kami untuk melakukan perubahan dalam kehidupan terutamanya dalam bidang kerjaya.

Beberapa inti pati ceramah yang boleh kami kongsikan bersama rakan-rakan pembaca ialah:

1.    Bersyukur kerana kita telah dikurniakan TIGA (3) nikmat yang paling berharga iaitu Islam, Iman dan nikmat dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad s.aw.; 

2.   Sentiasa menjaga keberkatan rezeki kerana rezeki yang baik akan membentuk sahsiah diri dan anak-anak; 

3. Budaya menuntut ilmu yang berterusan kerana ilmu merupakan pemimpin dalam kehidupan kita;

4.  Memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan memperbanyakkan amalan-amalan  yang baik seperti solat, berzikir, berdoa memohon keredhaan Allah, membaca Al-Quran dan sebagainya.

5.  Perlu menggunakan waktu bekerja dengan baik supaya rezeki yang diperolehi sentiasa diberkati oleh Allah s.wt.

6.  Kita perlu memahami keutamaan dalam melaksanakan kerja seharian.  Kita haruslah melaksanakan kerja mengikut kepentingan. Kerja yang penting harus diselesaikan dahulu kemudian barulah melaksanakan kerja-kerja yang kurang penting.

Di akhir sesi ceramah, kami telah diberikan masa untuk mengemukakan soalan dan kemusykilan dan Alhamdulillah Ustaz yang cukup sporting ini telah berjaya menjawab soalan kami dengan baik. Masing-masing amat berpuas hati dengan kandungan ceramah yang diberikan sehingga kami merasakan begitu cepat masa berlalu. Insya-Allah, ilmu yang kami perolehi bersama ustaz akan kami manfaatkan dengan sebaik-baiknya.  



SANTAPAN ROHANI - KEIKHLASAN SEORANG SUAMI

Artikel  bagi ruangan Santapan Rohani pada hari ini Rabu (4 Januari 2012) bertajuk "Keikhlasan Seorang Suami". Jadi, marilah kita bersama-sama menghayati isi kandungannya.

Selasa, 3 Januari 2012

MOTIVASI - KENAPA HIDUP ANDA TIDAK SELALUNYA INDAH





Marilah kita bersama-sama menghayati coretan artikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini Selasa (3 Januari 2012) bertajuk "Kenapa Hidup Anda Tidak Selalunya Indah".

SELAMAT TAHUN BARU 2012...


Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru 2012. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana kita masih lagi dipanjangkan usia sehingga hari ini. Sungguh cepat masa berlalu. Hari ini sudah hari yang ke-3 kita berada di tahun baru 2012. Semoga kedatangan tahun baru ini akan lebih bermakna dengan melakukan pelbagai perubahan yang positif untuk meningkatkan kemajuan diri kita, insya-Allah. 

Masih belum terlambat untuk kami warga KMCS untuk mengucapakan "SELAMAT TAHUN BARU 2012" kepada semua pembaca blog ini. Selamat berkerja dengan penuh berhemah.

Jumaat, 30 Disember 2011

HKK 2012 KIAN TERASA… Seramik Oh Seramik



Walaupun tarikh hari masih lagi samar-samar, namun warga kerja KMCS terutamanya Unit Rekaan telah memulakan aktiviti menghasilkan model untuk produk prototaip sempena HKK 2012. Cik Shila dan Puan Nawwar kita ni dah hampir dua minggu menyinsing lengan dan bertungkus lumus bermain tanah serta debu di Bengkel Seramik, IKN Rawang. 

Emm, kesempatan yang ada hari ini telah membawa saya untuk pergi melawat mereka di bengkel yang terletak tidak jauh dari pejabat KMCS. Wah, jika selama ini saya hanya tahu produk seramik dihasilkan menggunakan teknik lingkaran dan acuan sahaja, namun pada hari ini saya berkesempatan untuk meninjau dan mempelajari bagaimana menghasilkan model sebelum sesebuah acuan terbentuk. Nampak mudah, tapi sebenarnya sangat rumit dan remeh juga kerjanya.

 Sebanyak enam set  rekaan produk toiletteries  dan satu set bekas lilin  telah mendapat kelulusan daripada Bahagian Rekaan Ibu Pejabat. Sehingga hari ini, sebanyak 3 set model telah berjaya dihasilkan. Jadi, masih ada empat set lagi yang perlu disiapkan sebelum mereka melangkah ke proses yang seterusnya iaitu proses menghasilkan acuan. Jadi, jangan lupa untuk mengikuti kisah mereka lagi selepas ini, tunggu!!!

ANGGUNKAN HATI KITA


Salamullahi alaikum dan Selamat Sejahtera. Semoga kehidupan harian kita sentiasa tenang dan bertambah baik.

Kita selalu memperelokkan wajah kita yang sudah cantik dan personaliti kita, namun, pernahkah kita terfikir bagaimana keadaan hati kita? Hati yang sebenarnya menjadi asas pencernaan personaliti kita. Seperti mafhum hadis Rasululullah saw, di dalam tubuh kita ada seketul daging, sekiranya baiklah daging itu, maka baiklah jasadnya. Dan sekiranya buruk daging itu, maka buruklah jasad itu. Itulah Qalbu (hati). (Au kama qal)

Ya hati. Hati di dalam bahasa arab mempunyai dua perkataan iaitu Fuad dan Qalbu. Fuad menerangkan makna fizikal hati itu sendiri. Dan Qalbu pula bermaksud berubah-ubah. Begitulah sifat Qalbu, berubah-ubah. Kadang-kadang kita rasa sayang, kasih dan kadang-kadang kita rasa benci dan dendam. Semua ini berkaitan dengan iman. Sesungguhnya iman itu boleh bertambah dan berkurang. Sekiranya hati kita bersih, maka baiklah perilaku kita tanpa dipaksa-paksa dan sekiranya kotor hati kita, maka buruklah perangai kita. Dan ianya mampu berubah dalam sekelip mata. Paginya baik, petangnya buruk.

Kalau kita selalu mencuci wajah kita atau badan dengan pelbagai pencuci muka dan losyen mandian, bagaimana dengan hati kita? Bagaimana mahu mencuci? Bila perlu dicuci? Sebelum itu mari kita kenal 3 jenis hati. Sediakan 3 gelas, satunya berisi air kosong. Satunya air teh dan yang satu lagi dengan air kopi pekat.

Untuk air kosong, diumpamakan hati yang bersih. Masukkan gula yang diibaratkan sebagai dosa kecil. Adakah nampak gula itu jatuh? Ok, masukkan pula sudu ke dalamnya yang diibaratkan sebagai dosa besar. Nampak jelas? Ya, kedua-duanya nampak jelas bukan? Begitulah diibaratkan hati kita yang bersih sekiranya pernah melakukan perbuatan salah, hati kita akan merasa gelisah dan terasa yang dia sudah melakukan dosa. Jelas terasa di hatinya yang dia merasa bersalah. Itulah gambaran hati yang bersih. Mudah sensitif dengan gerak geri laku perbuatannya.

Untuk jenis hati yang kedua, air teh itu diibaratkan sebagai hati yang sakit. Jika dimasukkan gula atau sudu, masih lagi nampak kelibat kedua objek itu namun, ianya samar dan kelabu. Begitulah hati kita jika ianya sakit, tidak akan merasakan sensitif terhadap dosa dan kesalahan yang dilakukan. Kita masih sedar kita berbuat kesalahan tetapi menangguhkan taubat atau istighfar.

Dan untuk yang ketiga ialah hati yang mati, wal'iyazu billahi min zalik. Hati yang mati diumpamakan sebagai air kopi yang hitam pekat dan segala objek yang masuk, kita sudah tidak nampak. Apa yang kelihatan ialah hitam sahaja. Itulah hati mati yang sudah berasa halal haram adalah sama dan tiada beza baginya.

Namun, jauh di sudut hati kita, ada sedetik rasa yang kita mahukan kebaikan dalam hidup. Untuk proses pencucian hati ini, sama-samalah kita mulakan dengan istighfar dan mengakui segala kesalahan kita kepada Allah. Bertaubatlah, kerana sedetik kita mahu kembali ke pangkuan Allah, Allah akan sambut kita dengan kasih saying-Nya, yakinlah dengan cinta Allah. Banyakkan berzikir, membaca mathurat, bangun malam, membaca Al-Quran dan berazam untuk berubah. Didik hati kita supaya sentiasa beristighfar dan merendah hati. Diakui hati kadang-kadang sukar dikawal kemahuannya, tetapi selalu berdoa kepada Allah agar kita ditetapkan iman " Thabbit qulubana Ya Rabbi", Ameen Ya Rabbal Alamiin.

Semoga hati kita dapat dibersihkan dan dicuci selalu sehingga mendapat hati yang bersih dan jagalah ianya selalu. Sehingga berjumpa lagi. Anggunnya peribadi kita bermula dengan anggunnya hati kita. Wallahu a'lam.

http://www.seanggunbidadari.com/

Khamis, 29 Disember 2011

I-REKA - PASU MODEN



Artikel bagi ruangan I-Reka pada hari ini Khamis (29 Disember 2011) telah disumbangkan oleh Bank Artikel KMCS bertajuk, "Pasu Moden".

Rabu, 28 Disember 2011

PETUA - ADAB MAKAN DAN MINUM


Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini Rabu (28 Disember 2011) telah disumbangkan oleh Yuhanes binti Abdullah bertajuk "Adab Makan dan Minum".

Selasa, 27 Disember 2011

MOTIVASI - MENGAPA KITA TAK KAYA-KAYA

Artikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini Selasa (27 Disember 2011) telah disumbangkan oleh Amalina binti Rossli bertajuk, "Mengapa Kita Tak Kaya-Kaya".

Jumaat, 23 Disember 2011

I-REKA - REKAAN DARIPADA KAIN FELT



Artikel bagi ruangan I-Reka pada hari ini Jumaat (23 Disember 2011) telah disumbangkan oleh Sri Norhafeeza binti Abdul Razak bertajuk, "Rekaan Daripada Kain Felt".

TAZKIRAH MINGGUAN


Assalamualaikum dan Salam Ukhwah.

Pada kebiasaanya, Sesi Tazkirah akan menyusul selepas selesai bacaan Yasin. Jika pada minggu lepas kita telah mengikuti hadith 16 yang telah dipetik dari buku BUKAN DARI GOLONGANKU… Himpunan Ustaz Kamil Ashaari dan Nafisah Binti Hj. Md. Tahir cetakan pertama Ogos 2007, jadi, marilah kita sama-sama menghayati dengan penuh tawadhuk maksud hadith 17 minggu ini, "Bukan dari golongan kami…….. Yang tidak hormat-menghormati sesama insan dan tidak menjalankan amar makruf nahi mungkar" yang telah dimuatkan di ruangan Tazkirah Mingguan. Semoga kita semua terhindar daripada menjadi orang bukan daripada golongan Nabi Muhammad s.a.w, Nauzubillah!

Khamis, 22 Disember 2011

PETUA - MINUM BERDIRI DAN KESANNYA TERHADAP KESIHATAN



Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini, Khamis (22 Disember 2011) telah disumbangkan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor bertajuk, "Minum Berdiri dan Kesannya Terhadap Kesihatan".

Rabu, 21 Disember 2011

SENAMAN KURANGKAN TEKANAN DI PEJABAT



Melakukan senaman membolehkan kita membakar kalori dengan baik dan menjadikan diri lebih sihat. Namun, bagi yang sibuk dengan rutin kerja setiap hari sering memberi alasan tidak mempunyai masa untuk melakukan senaman.

Walaupun sibuk mana sekalipun, jangan hanya duduk sepanjang masa di pejabat. Ini kerana duduk mengadap komputer sepanjang hari bukan saja membuatkan badan berasa letih dan mengantuk tetapi boleh membuatkan emosi dan fizikal berasa tertekan.

Adalah lebih baik anda berjalan-jalan seketika di sekeliling bangunan di pejabat anda ketika waktu makan tengahari atau masa rehat. Ini akan membantu anda membakar kalori berbanding jika anda duduk dan memakan snek semata-mata.

Tahukah anda, dalam kesibukan bekerja seseorang itu masih boleh lagi melakukan senaman bagi menyegarkan tubuh? Selain mampu menyihatkan badan, senaman juga mampu mengurangkan tekanan ketika bekerja. Berikut adalah antara senaman atau gerakan yang anda boleh cuba ketika berada di pejabat.
  • Duduk di kerusi, angkat kaki anda kira-kira lima sentimeter dari permukaan lantai. Luruskan kaki ke hadapan kemudian turunkan kembali ke posisi asal. Ulang sebanyak 12 kali. Kemudian, gantikan pula dengan kaki kanan.
  • Duduk tegak di atas kerusi, tarik nafas dalam-dalam sambil menahan perut selama kira-kira 10 saat. Lepaskan. Kemudian ulang sebanyak 12 kali. Senaman ini sangat berkesan jika ia dijadikan rutin harian di pejabat.
  • Duduk tegak sambil kedua kaki menapak lantai. Letakkan kedua belah tangan anda ke sisi meja. Tekan belakang anda sekuat-kuatnya, tahan untuk beberapa saat kemudian lepaskan. Ulang sehingga kiraaan 12.

Sumber dari : Berita Harian &
pmr.penerangan.gov.my/

SANTAPAN ROHANI - DOA KETIKA DUKACITA DAN SEDIH


Artikel bagi ruangan Santapan Rohani pada hari ini Rabu (21 Disember 2011) telah disumbangkan oleh Marshila binti Marzuki bertajuk, "Doa Ketika Dukacita dan Sedih".

Selasa, 20 Disember 2011

CORETAN ILMU - RASULULLAH SAW MENANGIS APABILA BERCERITA TENTANG NERAKA (Akhir)


Marilah kita bersama-sama mengikuti sambungan akhir artikel bertajuk "Rasulullah Menangis Apabila Bercerita Tentang Neraka" yang telah disiarkan di ruangan Coretan Ilmu. Artikel ini telah disumbangkan oleh Cik Marshila binti Marzuki dan ia telah dipetik daripada Kitab Tanbihul Ghafilin.

MOTIVASI - TUJUH MACAM PAHALA YANG DAPAT DINIKMATI SELEPAS MATI

Artikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini Selasa (20 Disember 2011) telah disumbangkan oleh Encik Rushdan bin Ahmad bertajuk, "Tujuh Macam Pahala Yang Dapat Dinikmati Selepas Mati".


Isnin, 19 Disember 2011

KAMI 'DISERANG' LAGI...PMS KG. ORANG ASLI, BATU 12, GOMBAK

Pada 11 Disember 2011 (Ahad) yang lalu, skuad J1M1K telah mengadakan aktiviti mencanting batik dan pembuatan seramik menggunakan teknik lingkaran sempena Program Merakyatkan Seni (PMS) bertempat di Kg. Orang Asli, Batu 12, Gombak. Seperti biasa, khemah KMCS akan ‘diserang’ oleh pencinta-pencinta seni kraf yang mahu menyertai aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan oleh skuad J1M1K.

Bermula pada jam 10.30 pagi, khemah kami telah dibanjiri dengan kehadiran hampir 200 orang peserta yang kebanyakannya terdiri daripada anak-anak Orang Asli di kawasan ini. Seawal jam 10.00 pagi mereka telah ‘merisik’ daripada skuad J1M1K yang ada di khemah untuk mencuba mencanting batik dan membuat seramik. Apabila pendaftaran dibuka, apa lagi kami terus diserbu. Tidak menang tangan juga kami untuk melayan mereka semua. Tapi keadaan masih lagi terkawal apabila kami membahagikan kepada beberapa sesi.

Wah, adik-adik cilik ini sungguh berbakat dan mempunyai daya imaginasi yang tinggi kerana mampu melukis mengikut kreativiti sendiri. Kami begitu kagum dengan bakat dan kebolehan mereka terutamanya ketika membuat seramik. Jangan tidak tahu, ini kali pertama kami melihat ada peserta yang bukan menghasilkan pasu tetapi menghasilkan seekor ‘bujang senang’. Hahaha… kreatif kan adik-adik ni…

Program ini turut diceriakan dengan kehadiran dan perasmian oleh Y.B Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri di Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) pada jam 4.30 petang. Y.B Menteri juga telah mengunjungi tiga buah rumah Orang Asli bagi menyampaikan sumbangan sambil beramah mesra dengan penduduk tempatan.