Rabu, 21 Disember 2011

SENAMAN KURANGKAN TEKANAN DI PEJABAT



Melakukan senaman membolehkan kita membakar kalori dengan baik dan menjadikan diri lebih sihat. Namun, bagi yang sibuk dengan rutin kerja setiap hari sering memberi alasan tidak mempunyai masa untuk melakukan senaman.

Walaupun sibuk mana sekalipun, jangan hanya duduk sepanjang masa di pejabat. Ini kerana duduk mengadap komputer sepanjang hari bukan saja membuatkan badan berasa letih dan mengantuk tetapi boleh membuatkan emosi dan fizikal berasa tertekan.

Adalah lebih baik anda berjalan-jalan seketika di sekeliling bangunan di pejabat anda ketika waktu makan tengahari atau masa rehat. Ini akan membantu anda membakar kalori berbanding jika anda duduk dan memakan snek semata-mata.

Tahukah anda, dalam kesibukan bekerja seseorang itu masih boleh lagi melakukan senaman bagi menyegarkan tubuh? Selain mampu menyihatkan badan, senaman juga mampu mengurangkan tekanan ketika bekerja. Berikut adalah antara senaman atau gerakan yang anda boleh cuba ketika berada di pejabat.
  • Duduk di kerusi, angkat kaki anda kira-kira lima sentimeter dari permukaan lantai. Luruskan kaki ke hadapan kemudian turunkan kembali ke posisi asal. Ulang sebanyak 12 kali. Kemudian, gantikan pula dengan kaki kanan.
  • Duduk tegak di atas kerusi, tarik nafas dalam-dalam sambil menahan perut selama kira-kira 10 saat. Lepaskan. Kemudian ulang sebanyak 12 kali. Senaman ini sangat berkesan jika ia dijadikan rutin harian di pejabat.
  • Duduk tegak sambil kedua kaki menapak lantai. Letakkan kedua belah tangan anda ke sisi meja. Tekan belakang anda sekuat-kuatnya, tahan untuk beberapa saat kemudian lepaskan. Ulang sehingga kiraaan 12.

Sumber dari : Berita Harian &
pmr.penerangan.gov.my/

Tiada ulasan:

Catat Komen