Selasa, 17 September 2013

SEIMBAS LALU DI MAJLIS AIDILFITRI KMCS 2013





KMCS mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengarah-Pengarah Bahagian (HQ) dan IKN, Warga Kraftangan Malaysia, semua usahawan kraf negeri Selangor dan Kuala Lumpur, rakan-rakan, para pelajar dan mantan warga KMCS (Kak Ila, Kak Odah dan Muin) yang sudi hadir untuk memeriahkan Majlis Aidilftri KMCS 2013 yang telah diadakan pada 4 September 2013 yang lalu.



Segunung ucapan terima kasih juga kami ucapkan kepada Yang Berbahagia Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Encik Mohd Kamil bin Mohd Ali atas kunjungan beliau ke majlis yang tidak seberapa ini. Kami juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih atas segala kerjasama baik semua yang telah bertungkus lumus demi menjayakan majlis jamuan raya pada tahun ini. 
























Kami amat gembira dengan kehadiran kalian semua dan insya-Allah jika umur panjang kita akan mengadakan majlis ukhwah sebegini lagi.

MOTIVASI -TUKAR UCAPAN NEGATIF KEPADA POSITIF

Jom, kita tukar ayat-ayat negatif yang sering kita ucapkan kepada ayat-ayat yang lebih membina peribadi dan sentiasa positif agar aura positif itu menjadikan kita lebih berjaya serta bahagia...



PROMOSI HIASAN DALAMAN & SENI TAMAN 2013

Untuk makluman, Bahagian Pasaran & Promosi dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan aktiviti Pertandingan Laman & Taman 2013 sempena Promosi Hiasan dalam & Seni Taman 2013 di mana ianya terbuka kepada usahawan Kraftangan Malaysia yang memberi perkhidmatan binaan wakaf, pagola dan hiasan landskap. Maklumat ringkas mengenai pertandingan adalah seperti berikut;

 Tarikh Binaan         :         28 & 29 September 2013 (Sabtu & Ahad)
 Konsep                  :         Dekorasi Laman & Taman
                                         ( Binaan Wakaf / Pagola & Landskap)
                                         Keluasan : 10 ft x 10 ft (setiap syarikat)
 Tarikh Penjurian      :         30 Sept – 3 Oktober 2013
 Juri                         :         Juri Profesional (Majlis Reka Bentuk
                                        Malaysia/ Persatuan Lanskap Malaysia/ IPTA /Juri Awam
                                        (kumpulan pembeli – rakan promosi)
 Lokasi                     :         Ruang Parkir (berdekatan surau)

 ( *maklumat lengkap bolehlah merujuk kepada syarat-syarat peraturan yang terdapat pada
      borang penyertaan )

Objektif pelaksanaan pertandingan ini adalah bertujuan memberi peluang kepada usahawan kraf untuk mempamerkan hasil binaan wakaf atau pagola syarikat masing-masing yang merangkumi penggunaan produk kraf tempatan dalam aspek seni binaan, hiasan dalaman dan luaran dan landskap laman dan taman.

Sehubungan itu, bagi usahawan kraf yang berminat untuk menyertai pertandingan tersebut ini bolehlah melengkapkan borang di lampiran dan hantar kembali kepada Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor melalui talian faks : 03-60915463.

*Penyertaan pertandingan terhad kepada sepuluh (10) penyertaan terawal sahaja.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan Cik Mursyida / Cik Zuridah / Pn. Nawwar di talian 03-60916564.
       
*Maaf borang tidak dapat dimuat naik kerana masalah teknikal. Bagi usahawan yang berminat boleh hubungi kami untuk dapatkan menerusi emel. Harap maklum.

Selasa, 6 Ogos 2013

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DARI WARGA KMCS



Assalamualaikum w.b.t.


Tinggal 2 atau 3 hari sahaja lagi untuk Ramadhan berlalu pergi meninggalkan kita untuk meneruskan amalan-amalan mulia yang Ramadhan tarbiahkan. Keikhlasan kita berpuasa hanya kerana Allah tentu membuatkan kita terlalu sedih untuk berpisah dengan Ramadhan lalu merataplah pencinta-pencinta Ramadhan. “Ramadhan, ku pohon usah kau pergi”.

Justeru, marilah kita jadikan Ramadhan ini sebagai bulan permulaan kepada hari-hari yang masih berbaki. Izinkan saya berkongsi pesanan Rektor universiti maya U-MKI kepada siswa(i):

“Pasca Ramadhan nanti kita tekadkan hati sekurang-kurangnya mahu meneruskan beberapa amalan khusus yang boleh dilaksanakan setelah 30 hari berlatih dan merenung diri.



 
Solat berjemaah/menjaga aurat
 
Solat malam
 
Solat Dhuha
 
Puasa sunat
 
Membaca Al-Quran
 
Menjaga hati

Berdoalah kepada-Nya semoga dipermudahkan”. Sekadar renungan mata hati.

Kami warga kerja Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor (KMCS) mengambil kesempatan mengucapkan, “Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H, Maaf Zahir Batin” kepada warga Kraftangan Malaysia dan rakan-rakan pembaca setia blog KMCS. Bagi yang pulang berhari raya di kampung halaman, kami doakan semoga perjalanan kalian dipermudahkan dan dilindungi Allah s.w.t, insya-Allah.







Isnin, 22 Julai 2013

PROMOSI KRAF AIDILFITRI 2013

Jom, ramai-ramai kita meriahkan Promosi Kraf Aidilfitri 2013 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay bermula pada 24 Julai hingga 3 Ogos 2013.

 

 

Selasa, 16 April 2013

TAKWIM AKTIVITI PROMOSI 2013 - TERKINI

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Bagi usahawan yang masih belum menerima Takwim Aktiviti Promosi Anjuran Kraftangan Malaysia 2013, bolehlah menyemak takwim berkenaan di blog KMCS ini. Kepada usahawan yang telah menerima takwim yang saya telah emelkan sebelumnya, mohon semak tarikh baru bagi pelaksanaan aktiviti Promosi Kerja Kahwin dan Promosi Kraf Aidilfitri kerana terdapat sedikit perubahan tarikh. Takwim yang disertakan di sini adalah takwim yang terkini kami terima daripada pihak Ibu Pejabat.




* Sekiranya tidak jelas mohon emel kepada saya di mursyida@kraftangan.gov.my untuk mohon takwim ini.

Isnin, 8 April 2013

I-REKA - DAPUR BERKONSEPKAN 'CUBISM'




Artikel bagi ruangan I-Reka pada hari ini Isnin (8 April 2013) telah disediakan oleh Cik Mursyida Md Isa @ Mansor bertajuk, "Dapur Berkonsepkan 'Cubism'".


Rabu, 27 Mac 2013

Selasa, 26 Mac 2013

PETUA - BEKERJA TANPA MENINGGALKAN TUNTUTAN AGAMA





Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini Selasa (26 Mac 2013) telah disediakan oleh Puan Amalina binti Rossli bertajuk, 'Bekerja Tanpa Meninggalkan Tuntutan Agama'.


Jumaat, 22 Mac 2013

SANTAPAN ROHANI - JIHAD PERANGI HAWA NAFSU





Artikel bagi ruangan Santapan Rohani pada hari ini Jumaat (22 Mac 2013) telah disediakan oleh Puan Rosmawati binti Zubir bertajuk "Jihad Perangi Hawa Nafsu".

Selasa, 19 Mac 2013

GEMBIRANYA USAHAWAN QQ MY CRAFT BERTEMU DYMM SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG



Alhamdulillah, setelah beberapa hari menyepi daripada mencoret sesuatu di blog KMCS ini, hari ini saya ingin berkongsi kegembiraan usahawan KMCS, Encik Goh dari syarikat QQ My Craft. Walaupun, cerita ini berlalu sudah agak 'lama' kerana Hari Kraf Kebangsaan 2013 juga telah melabuhkan tirainya, namun demi tidak menghampakan perasaan beliau, saya mengambil peluang untuk berkongsi tentang cerita ini.



Pagi ini, saya telah menerima emel beliau yang disertakan bersama dua keping gambar. Gambar tersebut memaparkan kegembiraannya dapat bertemu bersama DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Sultanah Hajah Haminah yang telah mencemar duli merasmikan Hari Kraf Kebangsaan 2013 pada 4 Mac 2013 yang lalu. Tuanku Permaisuri juga telah mencemar duli melawat ruang niaga usahawan yang terlibat bersama Datin Seri Maznah Rais. Baginda turut singgah melihat produk kraf sabun keluaran Encik Goh. 

Baginda Tuanku juga turut membeli produk tersebut sebagai tanda kenangan dan ia merupakan satu penghargaan kepada Encik Goh yang sama sekali tidak menyangka Tuanku Permaisuri berminat untuk melihat produk keluaran syarikatnya. Dari riak wajah yang jelas kelihatan melalui gambar yang dikirimkan kepada saya, ternyata dia sangat gembira dan sungguh terharu menerima kunjungan tersebut. 

Memang benar, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri amat 'dekat' bersama rakyat dan kami di KMCS turut menerima 'tempias' kegembiraan tersebut. Kami selalu mendoakan yang terbaik kepada semua usahawan terutamanya di bawah seliaan KMCS. Kalian sentiasa di hati kami.

Rabu, 13 Mac 2013

LAWATAN JKKN KE BENGKEL ABAS & SAL BATIK



 
Wah, rancaknya mereka berbual. Apa agaknya yang dibincangkan ya?
 
Pada 27 Februari 2013, satu lawatan telah diadakan dari Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke bengkel Abas & Sal Batik, diketuai oleh Puan Ramlah (Pengarah Bahagian Pembangunan Produk Seni Budaya), En. Hisham (Penolong Pengarah) dan Cik Gayathri (Pegawai Kebudayaan) dengan diiringi oleh seorang pegawai Unit Usahawan dari Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor (KMCS) serta seorang pegawai dari Bahagian Usahawan Ibu Pejabat Kraftangan Malaysia. 
 
Perbincangan di antara pihak JKKN bersama usahawan Abas & Sal Batik dan Kraftangan Malaysia


Tujuan JKKN mengadakan lawatan ini adalah untuk membuat tinjauan dan kajian bagi pelaksanaan Projek Pembangunan Keusahawanan Seni Budaya 1 Daerah, 1 Seni, 1 Malaysia (1DSM) bagi tahun 2013 di seluruh negeri. Pihak JKKN merancang mewujudkan 1 daerah sebagai pusat seni persembahan, (seni tari, seni muzik dan sebagainya). 
 
Lawatan ke bengkel Abas & Sal Batik



 
 
Justeru, pihak JKKN ingin mengadakan kolobrasi dengan pihak Kraftangan Malaysia dengan cadangan 12 usahawan di sesebuah tempat dijadikan sebagai pembekal bahan bagi props/kostum industri seni persembahan. Usahawan-usahawan tersebut akan dikenalpasti oleh pihak JKKN kemudian. Pihak JKKN akan memberi maklum balas berikutan daripada sesi lawatan tersebut sama ada cadangan mereka dapat direalisasikan.

Masa untuk ber'posing' .....
Penyampaian cenderahati kepada Puan Sal sebagai tanda terima kasih menerima kunjungan JKKN