Rabu, 7 April 2010

LAMAN SENI PUTRAJAYA









Pada bulan Mac yang lalu, Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor telah dijemput bagi memeriahkan program Laman Seni Putrajaya kali ke-26 yang telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 27 dan 28 Mac 2010. Progam ini telah diadakan di perkarangan Jambatan Putra, Putrajaya. Laman Seni ini merupakan aktiviti bulanan yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya yang bertujuan untuk mempromosikan Putrajaya sebagai destinasi pelancongan. Selain itu juga, aktiviti ini adalah untuk membantu usahawan-usahawan kraf dan penggiat-penggiat seni mempamerkan hasil seni mereka kepada pengunjung yang datang.


Penglibatan Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor dalam program ini adalah menerusi penyertaan usahawan kraf seramai 11 usahawan bagi membuat pameran dan jualan di samping terlibat dalam aktiviti interaktif kraf batik.


Pelbagai acara menarik telah disediakan kepada pengunjung yang hadir termasuklah persembahan kebudayaan, aktiviti interaktif kraf, pertandingan mewarna, pameran serta jualan hasil seni dan sebagainya. Terdapat lebih daripada 40 gerai jualan dan hampir separuh daripadanya mempamerkan hasil seni seperti lukisan cat air, seni khat dan kaligrafi Islam, produk kraftangan serta gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman. Respon yang diterima oleh penggunjung amat menggalakkan dan mereka amat berpuas hati dengan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan.


Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor amat berterima kasih dengan kerjasama dan sokongan yang telah diberikan oleh Perbadanan Putrajaya dalam membantu mempromosikan produk kraf negara.

2 ulasan: