Khamis, 18 Ogos 2011

KAMI DATANG LAGI~ Kali ini ke Perkampungan Orang Asli di Batu 11, Gombak.



3 Ogos 2011 bersamaan 3 Ramadhan, Unit Usahawan telah mengadakan satu lagi temu janji bersama sukarelawan produk kraf Orang Asli iaitu Cik Rieta Rahim untuk melawat sebuah lagi perkampungan Orang Asli di Batu 11, Gombak. Kunjungan ini turut disertai Pengarah, Puan Ruslah bersama Ketua Unit Usahawan, Cik Iza Kassim dan Puan Suriyani. Lawatan kami bertujuan melihat sendiri masyarakat Orang Asli di sini menghasilkan produk-produk kraf di samping mengenalpasti bantuan yang diperlukan oleh mereka.

Perjalanan kami kali ini agak menarik dengan terpaksa berjalan kaki, mendaki anak bukit dan merentasi anak sungai untuk sampai ke kawasan perkampungan orang asli suku Semai ini. Senyuman sentiasa terukir dan tidak lekang dari mulut kami sepanjang laluan untuk sampai ke sebuah rumah. Kami telah dimaklumkan terlebih dahulu oleh Cik Reita Rahim bahawa Orang Asli suku Semai ini menghasilkan produk kraf yang diperbuat daripada buluh, rotan dan kulit kayu.

Setibanya kami di sana, kami diperkenalkan dengan Encik Bah Muda dan Encik Raman Bah Tuin dari suku etnik ini yang menjalankan aktiviti menghasilkan produk kraf daripada buluh dan kulit kayu seperti sumpit, bubu buluh dan seruling. Kehadiran rombongan kami disambut mesra oleh Encik Bah Muda sekeluarga. Lebih menarik lagi, inilah pengalaman pertama saya masuk dan menjejaki ke dalam rumah yang perbuat daripada buluh. Lirikan mata saya asyik melihat lantai dan dinding rumah buluh ini yang sungguh unik. Macam tidak percaya sahaja saya boleh berada dalam rumah ini. Hihihi.. ;)

Kami sungguh terpegun dan teruja melihat hasil produk daripada buluh dan hasil anyaman yang begitu halus dan cantik. Selain itu, etnik Semai yang dahulu dikenali sebagai suku Kercang ini juga menghasilkan pakaian daripada kulit kayu yang sering digunakan dalam upacara tarian Sewang.

Rombongan kami juga telah diperkenalkan dengan permainan Orang Asli suku Semai ini yang terbahagi kepada tiga jenis iaitu Tekak Buaya, Komak dan Jakrenoi. Sepanjang temubual bersama Encik Raman, kami dihidangkan dengan halwa telinga daripada petikan gitar Encik Bah Muda yang diperbuat daripada buluh dan lebih kenali sebagai Ke’reb.

Buat pengetahuan semua, Encik Bah Muda dan Encik Raman berkebolehan meniup seruling menggunakan nafas hidung. Kepakaran beliau dalam menghasilkan bubu buluh, peralatan muzik dan memainkan peralatan muzik daripada buluh ini tidak dapat dipertikaikan lagi. Encik Raman sentiasa mendapat undangan membuat persembahan tiupan seruling ini. Menurut Cik Rieta, dalam kumpulan Orang Asli di sini, beliau antara yang memiliki kemahiran terbaik dalam menghasilkan produk seperti bubu buluh, sumpit dan permainan Orang Asli.

Banyak pengalaman dan kenangan indah yang dapat kami perolehi sewaktu berkunjung ke penempatan Orang Asli suku Semai ini. Selain kreatif dan berkemahiran tinggi dalam menghasilkan kraftangan, paling tidak dilupakan layanan mesra mereka membuat kami ingin berkunjung lagi ke sana.

Terima kasih Encik Bah Muda dan Encik Raman, semoga sejahtera selalu dan juga Cik Rieta Rahim yang tidak pernah jemu menyelami keistimewaan dan keunikan Orang Asli. :)


Rumah dan Ruang Kerja Encik Bah Muda



Antara Produk Kraf yang dihasilkan

Seruling Buluh

Alat Permainan Orang Asli



Tekun sungguh Pn. Suriyani mencuba alat permainan tu.. Hihi..

Walaupun penat dari mencari hasil hutan, Encik Raman tetap memberikan kerjasama kepada rombongan kami.

Encik Bah Muda dan tiupan serulingnya

Dihidangkan dengan Halwa Telinga daripada alunan petikan Ke'reb
sungguh mengasyikkan




Hati-hati Bos.... :)





Selamat Jalan dan Jumpa Lagi... :)

5 ulasan:

  1. Tumpang tanya, bagaimana hendak ke sana? Perlukan pendaftaran ke?

    BalasPadam
  2. Maaf, Pai nak ke mana ye? kalau ke kg. Orang Asli ini xperlu pendaftaran. boleh pergi terus ke Batu 11, Gombak ini. Ini memang kawasan perkampungan Orang Asli.

    BalasPadam
  3. Kalau nk buat aktiviti di sana siapa yg boleh dihubungi.tq

    BalasPadam
  4. dengan siapa sy boleh contact kalau nak buat aktiviti di sana?

    BalasPadam
  5. salam, saya nak buat lawatan ke Perkampungan Orang Asli di Batu 11, Gombak. boleh tolong emailkn kat saya sapa yg nak dihubungi kat sana?? email- iskandarsamsuddin@gmail.com

    BalasPadam