Khamis, 25 Ogos 2011

Lawatan Mahabbah Ramadhan Dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri

Alhamdullilah~Bersempena dengan kehadiran Ramadhan Al-Mubarak kali ini, Kelab Sukan KSKKMCS telah mengadakan satu lawatan kebajikan ‘Mahabbah Ramadhan’ berserta penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri. Lawatan ini telah dihadiri oleh Pengarah, Puan Ruslah Khalid disertai oleh Cik Mursyida, Puan Suriyani, Encik Akmal dan penulis sendiri, Cik Iza Kassim.

KSKKMCS telah memilih usahawan kraf batik iaitu Encik Abeng Brahim untuk menerima sumbangan Hari Raya Aidilfitiri pada kali ini. Kami telah membuat lawatan ke kediaman beliau bertempat di Pangsapuri Sri Setia, Rawang.

Semoga program sebegini dapat memupuk budaya bersedekah di kalangan Warga KMCS bagi menyumbang bakti sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Di samping dapat memberi sedikit sinar keceriaan buat mereka yang memerlukan. Secara tidak langsung ia dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama insan dan menjadi satu acara kebajikan tahunan di kalangan warga KMCS. Semoga usaha yang sedikit ini diberkati dan mendapat rahmat dari-Nya. Insya-Allah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan