Rabu, 23 November 2011

GOTONG-ROYONG PEMBAIKAN WAKAF ORANG ASLI SG.BUMBUN, PULAU CAREY
Pada 19 November 2011 (Sabtu), satu aktiviti gotong-royong telah diadakan untuk kerja-kerja pembaikan wakaf-wakaf Orang Asli Kaum Mah Meri Sg. Bumbun, Pulau Carey oleh juruteknik KMCS, En. Mohd Fathul Muin dan Pengajar Kraf Unit Usahawan KMCS, En. Syahrul Hakimi. Kerja-kerja bermula setibanya kami di sana pada jam 10.00 pagi dengan membawa peralatan dan kelengkapan untuk kerja-kerja tersebut. Kedatangan kami disambut oleh keluarga Pak Dayong yang wakafnya terletak di hujung kampung Sg. Bumbun. Keadaan lantai wakaf Pak Dayong rosak dan reput akibat dimakan anai-anai dan kumbang kayu yang telah melemahkan struktur kayu dan papan lantai. Kesemua kayu dan papan yang rosak dibuang dan disembur anti anai-anai bagi mengelakkan serangan anai-anai dan kumbang tanah ini berulang. Kerja-kerja pembaikan siap sepenuhnya pada jam 3.00 petang. Berikut adalah gambar semasa kerja-kerja dilakukan.

 Keadaan sebelum kerja pembaikan dilakukan

Kita pecahkan semua kayu-kayu nie…

Habis bersih papan dicabut oleh aa dan muin

    kite potong kayu yer kawan-kawan



Tiada ulasan:

Catat Komen