Jumaat, 25 November 2011

PROMOSI KRAF KINI BERMULA

          Pejam celik, pejam celik, kita sudah hampir sampai di penghujung bulan November 2011. Sudah tiba juga musim cuti sekolah. Bila cuti sekolah, ramai juga yang melangsungkan majlis perkahwinan. Jadi ramai juga yang mencari produk kraf sebagai persiapan perkahwinan, dekorasi dan kegunaan harian. Mengambil kesempatan ini, KMCS merebut peluang untuk mengadakan promosi kraf di Kompleks PKNS Shah Alam.

         Promosi kraf yang telah bermula pada 24 hingga 30 November 2011 telah melibatkan 24 usahawan kraf pelbagai bidang seperti tekstil, logam, seramik, hasil rimba dan aneka kraf. Walaupun pada awalnya, kami sedikit gusar dan bimbang kerana lokasi yang diberikan oleh PKNS kurang mendapat perhatian pengunjung selama ini, namun Alhamdulillah rezeki para usahawan murah sekali. Pengunjung pada hari pertama amat memberangsangkan. Kami berdoa agar Allah S.W.T. sentiasa mempermudahkan segala urusan agar setiap yang dirancangkan akan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar, Insya-Allah.
         Jadi, apa tunggu lagi. Jom kita ramai-ramai serbu Promosi Kraf Malaysia 2011 di PKNS Shah Alam sebelum 30 November 2011.

Tiada ulasan:

Catat Komen