Khamis, 19 April 2012

SALAM TAKZIAH...



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Kami warga KMCS mengucapkan takziah kepada Encik Ridwan Misran (Ketua Unit Perolehan Ibu Pejabat) di atas pemergian isteri tercinta, Norhana binti Norhudin yang telah kembali ke rahmatullah pada 18 April 2012(Rabu) yang lalu. Marilah kita bersama-sama berdoa memohon agar Allah merahmatinya, mengampunkan segala doasa-dosanya, mempermudahkan segala urusannya dan menyediakan yang terbaik buatnya... Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, solehah dan disediakan tempat di syurga Firdaus, insya-Allah. Amin... Al-Fatihah.

Kepada Encik Ridwan Misran, kami juga turut mendoakan agar Allah memberikan ketabahan dan kesabaran yang tinggi buatnya serta dipermudahkan segala urusannya dan semoga beliau cepat sembuh, insya-Allah.
Marilah kita bersama-sama menghayati sebuah nukilan yang telah dicoretkan oleh seorang rakan yang dikasihi agar menjadi renungan kita bersama.

“Bukankah, Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hamba-Nya apa yang di luar kemampuan hamba-Nya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujian-Nya, jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini, kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hamba-Nya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi, percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hamba-Nya kurang bersabar dalam menghadapi ujian-Nya. Pasti Allah telah mengaturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih ,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Tiada ulasan:

Catat Komen