Jumaat, 20 April 2012

SELAMAT DATANG KE TERATAK KMCS...


Pada tanggal 5 April 2012 (Khamis) yang lalu, sekali lagi Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor (KMCS), telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (JKPKPKK) peringkat Negeri Selangor.

Mesyuarat kali ke-5 tahun 2012 ini telah dipengerusikan oleh Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (Penerangan) iaitu Dr. Ismail bin Jamaluddin dan hadir bersama Setiausaha Bahagian Pengurusan Analisis Maklumat (BPAM) iaitu Tn. Haji Mohd. Nasir bin Hj. Salleh serta wakil dari KPKK. Ahli tetap mesyuarat ini terdiri dari :

i. Jabatan Penerangan Malaysia Selangor                       - Pengerusi
ii.Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Selangor                     - Ahli
iii.Jabatan Penyiaran   Malaysia Selangor (Selangor FM)   - Ahli


iv.Jabatan Kebudayaan & Kesenian Selangor (JKKN) - Ahli
v.Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Selangor    - Ahli
vi.Suruhanjaya Komunikasi Multi-Media Malaysia  Selangor (SKMM)  - Ahli
vii.Jabatan Filem Negara                                             - Ahli
viii.BERNAMA                                                             - Ahli

Pihak KMCS amat berbangga kerana mesyuarat kali ini dihadiri oleh dua orang Setiausaha Bahagian dari KPKK dan semua ahli mesyuarat JKPKPKK peringkat Negeri Selangor. Mudah-mudahan KMCS akan lebih dikenali dan dikunjungi oleh semua anggota kerja yang bernaung di bawah KPKK. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan