Selasa, 30 Oktober 2012

UiTM PUNCAK ALAM - KITA BERTEMU LAGI...

Salam ukhwah buat semua rakan blog KMCS. Semoga kalian sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah walau di mana saja kalian berada. Maaf, rasanya sudah lama kami tidak memceritakan aktiviti kami di KMCS buat tatapan rakan blog. Jadi, pada hari ini, kami ingin berkongsi satu aktiviti yang kami sertai pada minggu lepas.





Pada tahun lepas (tahun 2011), skuad KMCS telah turun padang ke Fakulti Farmasi UiTM, Puncak Alam bagi aktiviti Pendidikan Kraf Mencanting Batik namun, pada tahun ini sekali lagi kami telah menerima jemputan bagi aktiviti yang sama tapi dengan skala yang lebih besar. Selepas beberapa perbincangan dan persetujuan dibuat, KMCS telah memilih tarikh 21 Oktober 2012 untuk pelaksanaan aktiviti berkenaan.



Persiapan demi persiapan kami aturkan dan tibalah hari yang dinanti-nanti. Sebanyak tiga buah kereta anggota kerja termasuk kenderaan pejabat bertolak membelah kabus pagi menuju UiTM Puncak Alam. Kami tiba di sana lebih kurang jam 9.00 pagi.  Suasana pagi yang cerah telah membakar semangat kami untuk memulakan tugas. 





Peserta telah dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu Hitam, Merah, Putih dan Kumpulan AJK. Jom, kita lihat pelbagai ragam peserta aktiviti pada tahun ini.

 
Masing-masing sudah tidak sabar hendak mencuba nampaknya.

Apalah agaknya yang disampaikan oleh kawan kita tu agaknya ya?

En. Din sedang memberi penerangan. Dengar jangan tak dengar.

Wah, Kumpulan Hitam berbincang macam nak buat persembahan kebudayaan pun ada. Hehe.. Jangan marah.

Kumpulan Putih pun apa kurangnya.


Ini pula Kumpulan Merah. Kusyuk adik-adik kumpulan merah mendengar apa yang perlu dilakukan.

Lukis jangan pandang saja..


En. Rosman pun turut turun padang.




Cik Shela pun turut membantu menjayakan aktiviti ini.



Kumpulan Hitam sudah memulakan proses mewarna.

Ini pula Kumpulan AJK. Walaupun tidak masuk bertanding, mereka juga tidak mahu melepaskan peluang untuk mencuba.



Inilah hasil Kumpulan Merah. Cantik tak?



Kumpulan Hitam merupakan juara pertandingan. Inilah hasilnya. Motif farmasi digabungkan dengan motif batik. Tahniah!

Ini pula pemenang tempat kedua. Kumpulan Merah telah menggunakan teknik garam.

Kumpulan Putih merupakan pemenang tempat ketiga. Tahniah.

Ini pula hasil tangan Kumpulan AJK

Erm.... Cantikkan hasil kerja mereka? Jangan terkejut. Ini adalah hasil tangan oleh mereka yang baru pertama kali mencuba mencanting. Pelajar Fakulti Farmasi pula tu.. Jadi, jangan pandang mereka sebelah mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan