Artikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini Rabu (14 Disember 2011) telah disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor bertajuk, "Kisah Yang Menyentuh Emosi".
NO. 1, KM. 20, JALAN IPOH-RAWANG, TAMAN REKREASI TEMPLER, 48000 RAWANG, SELANGOR. TEL:03-60916564 FAKS:03-60915463
Rabu, 14 Disember 2011
Selasa, 13 Disember 2011
LAWATAN TAPAK UNTUK MEMBANGUNKAN LOJI RAWATAN SISA BATIK
Sesi penerangan oleh pegawai Bahagian Teknikal
Lokasi yang sesuai untuk logi terbabit
Pada 8 Disember 2011
(Khamis) yang lalu, satu lawatan tapak telah diadakan di bengkel usahawan Abas
& Sal Batik yang bertempat di Gombak yang telah dihadiri oleh Jurutera dan
pegawai Bahagian Teknikal Ibu Pejabat, Pengarah bersama Ketua Unit Usahawan dan
Juruteknik KMCS. Lawatan ini bertujuan untuk menerangkan kepada usahawan Abas
& Sal Batik tentang tawaran membangunkan loji rawatan sisi batik serta
kawasan yang sesuai untuk menempatkan loji terbabit. Loji ini berupaya untuk menapis
dan menjadikan air kumbahan batik ‘neutral dan dapat disalurkan ke sungai
kerana mempunyai nilai pH air yang sesuai di antara 6.0 – 9.0 seperti yang
telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). Premis Abas & Sal Batik
akan menjadi perintis premis usahawan yang mengguna pakai loji ini.
Kawasan basuhan batik yang asal
I-REKA - RANTAI LEHER IDAMAN
Artikel bagi ruangan I-Reka pada hari ini, Selasa (13 Disember 2011) bertajuk, "Rantai Leher Idaman".
Jumaat, 9 Disember 2011
PETUA MEMASAK
Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini Jumaat (9 Disember 2011) telah disumbangkan oleh Puan Rosmawati binti Zubir bertajuk "Petua Memasak".
TAZKIRAH MINGGUAN
Assalamualaikum dan Salam Ukhwah.
Pada kebiasaanya, Sesi Tazkirah akan menyusul selepas selesai bacaan Yasin. Jika pada minggu lepas kita telah mengikuti Hadith 14 yang telah dipetik dari buku BUKAN DARI GOLONGANKU… Himpunan Ustaz Kamil Ashaari dan Nafisah Binti Hj. Md. Tahir cetakan pertama Ogos 2007, jadi, marilah kita sama-sama menghayati dengan penuh tawadhuk maksud hadith 15 minggu ini, "Bukan Dari Golonganku... Yang Meniru (Menyerupai) Kaum Wanita Atau Sebaliknya" yang telah dimuatkan di ruangan Tazkirah Mingguan. Semoga kita semua terhindar daripada menjadi orang bukan daripada golongan Nabi Muhammad s.a.w, Nauzubillah!
Pada kebiasaanya, Sesi Tazkirah akan menyusul selepas selesai bacaan Yasin. Jika pada minggu lepas kita telah mengikuti Hadith 14 yang telah dipetik dari buku BUKAN DARI GOLONGANKU… Himpunan Ustaz Kamil Ashaari dan Nafisah Binti Hj. Md. Tahir cetakan pertama Ogos 2007, jadi, marilah kita sama-sama menghayati dengan penuh tawadhuk maksud hadith 15 minggu ini, "Bukan Dari Golonganku... Yang Meniru (Menyerupai) Kaum Wanita Atau Sebaliknya" yang telah dimuatkan di ruangan Tazkirah Mingguan. Semoga kita semua terhindar daripada menjadi orang bukan daripada golongan Nabi Muhammad s.a.w, Nauzubillah!
Khamis, 8 Disember 2011
SANTAPAN ROHANI - BILA MEMUJI...
Artikel bagi ruangan Santapan Rohani pada hari ini Khamis (8 Disember 2011) merupakan koleksi artikel Bank Artikel KMCS bertajuk, "Bila Memuji".
Rabu, 7 Disember 2011
MOTIVASI - KISAH PEMANCING CILIK
Artikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini Rabu (7 Disember 2011) telah disumbangkan oleh Cik Mursyida Md Isa @ Mansor bertajuk, "Kisah Pemancing Cilik".
Selasa, 6 Disember 2011
I-REKA - BINAAN DARIPADA PASIR
Artikel bagi ruangan I-Reka pada hari ini, Selasa (6 Disember 2011) telah disumbangkan oleh Puan Suzita binti Mohd Sawi bertajuk "Binaan Daripada Pasir".
Isnin, 5 Disember 2011
PETUA KEKAL LANGSING
Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini isnin (5 Disember 2011) telah disumbangkan oleh Cik Amalina Binti Rossli bertajuk "Petua Kekal Langsing".
Jumaat, 2 Disember 2011
SANTAPAN ROHANI - 15 CIRI WANITA SYURGA
Artikel bagi ruangan Santapan Rohani pada hari ini Jumaat (2 Disember 2011) telah disumbangkan oleh Sri Norhafeeza binti Abdul Razak bertajuk, "15 Ciri Wanita Syurga".
TAZKIRAH MINGGUAN
Assalamualaikum dan Salam Ukhwah.
Pada kebiasaanya, Sesi Tazkirah akan menyusul selepas selesai bacaan Yasin. Jika pada minggu lepas kita telah mengikuti Hadith 13 yang telah dipetik dari buku BUKAN DARI GOLONGANKU… Himpunan Ustaz Kamil Ashaari dan Nafisah Binti Hj. Md. Tahir cetakan pertama Ogos 2007, jadi, marilah kita sama-sama menghayati dengan penuh tawadhuk maksud hadith 14 minggu ini, "Bukan Dari Golongkanku… Yang Melampau Ketika Meratapi Sesuatu Kematian” yang telah dimuatkan di ruangan Tazkirah Mingguan. Semoga kita semua terhindar daripada menjadi orang bukan daripada golongan Nabi Muhammad s.a.w, Nauzubillah!
Pada kebiasaanya, Sesi Tazkirah akan menyusul selepas selesai bacaan Yasin. Jika pada minggu lepas kita telah mengikuti Hadith 13 yang telah dipetik dari buku BUKAN DARI GOLONGANKU… Himpunan Ustaz Kamil Ashaari dan Nafisah Binti Hj. Md. Tahir cetakan pertama Ogos 2007, jadi, marilah kita sama-sama menghayati dengan penuh tawadhuk maksud hadith 14 minggu ini, "Bukan Dari Golongkanku… Yang Melampau Ketika Meratapi Sesuatu Kematian” yang telah dimuatkan di ruangan Tazkirah Mingguan. Semoga kita semua terhindar daripada menjadi orang bukan daripada golongan Nabi Muhammad s.a.w, Nauzubillah!
Khamis, 1 Disember 2011
GENIUSKAH ANDA?
Artikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini Khamis (1 Disember 2011) telah disumbangkan oleh Mursyida Md. Isa @ Mansor bertajuk, "Geniuskah Anda?"
SEKADAR UNTUK BERKONGSI ILMU...
KESEMPURNAAN
DIRI,DUNIA DAN AKHIRAT
Disediakan oleh Mohd Fathul Muin bin Mohd Hafid/ Khamis/ 1 Disember 2011.
Hadis Muthahharah
Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid r.a. telah berkata : “Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah s.a.w yang mana dia telah menyatakan tujuannya : Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat. Maka baginda s.a.w telah berkata kepadanya. Tanyalah apa yang engkau kehendaki “
Orang Arab bertanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
1. Aku mahu menjadi orang yang alim.
Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim.
2. Aku mahu menjadi orang paling kaya.
Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya.
3. Aku mahu menjadi orang yang adil.
Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia .
4. Aku mahu menjadi orang yang paling baik.
Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia.
5. Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah s.w.t.
Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah.
6. Aku mahu disempurnakan imanku.
Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna.
7. Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin ( baik ).
Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin.
8. Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat.
Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat.
9. Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa.
Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalamkeadaan suci daripada dosa.
10. Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya.
Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya.
11. Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat.
Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat.
12. Aku mahu dihapuskan segala dosaku.
Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan( kurangkan ) segala dosamu.
13. Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia.
Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia.
14. Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.
Sentiasa menyerah diri (tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia.
15. Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.
Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu.
16. Aku mahu termasuk dalam golongan
mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya.
Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh mereka.
17. Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat.
Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya.
18. Aku mahu diterima segala permohonanku.
Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya.
19. Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat.
Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat.
20. Siapa yang terselamat daripada dosa?
Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan.
21. Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian ( bala ).
22. Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.
23. Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ?
Sedekah dalam keadaan sembunyi ( tidak diketahui ) dan menghubungkan kasih saying.
24. Apakah yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Sabar di dunia dengan bala dan musibah.
Telah berkata Imam Mustaghfirin: “Aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaat selain hadis ini.”
Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh mereka.
17. Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat.
Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya.
18. Aku mahu diterima segala permohonanku.
Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya.
19. Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat.
Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat.
20. Siapa yang terselamat daripada dosa?
Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan.
21. Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian ( bala ).
22. Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.
23. Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ?
Sedekah dalam keadaan sembunyi ( tidak diketahui ) dan menghubungkan kasih saying.
24. Apakah yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Sabar di dunia dengan bala dan musibah.
Telah berkata Imam Mustaghfirin: “Aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaat selain hadis ini.”
Kredit
kepada http://rojulalaqidah.blogspot.com
Rabu, 30 November 2011
SANTAPAN ROHANI - PRINSIP KELUARGA BAHAGIA
Artikel bagi ruangan Santapan Rohani pada hari ini, Rabu (30 November 2011) telah disumbangkan oleh Bank Artikel KMCS bertajuk, "Prinsip Keluarga Bahagia".
Selasa, 29 November 2011
MOTIVASI PAGI
Artikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini, Selasa (29 November 2011) telah disumbangkan oleh Puan Rosmawati binti Zubir bertajuk, "Motivasi Pagi".
Jumaat, 25 November 2011
PROMOSI KRAF KINI BERMULA
Pejam celik, pejam celik, kita sudah hampir sampai di penghujung bulan November 2011. Sudah tiba juga musim cuti sekolah. Bila cuti sekolah, ramai juga yang melangsungkan majlis perkahwinan. Jadi ramai juga yang mencari produk kraf sebagai persiapan perkahwinan, dekorasi dan kegunaan harian. Mengambil kesempatan ini, KMCS merebut peluang untuk mengadakan promosi kraf di Kompleks PKNS Shah Alam.
Promosi kraf yang telah bermula pada 24 hingga 30 November 2011 telah melibatkan 24 usahawan kraf pelbagai bidang seperti tekstil, logam, seramik, hasil rimba dan aneka kraf. Walaupun pada awalnya, kami sedikit gusar dan bimbang kerana lokasi yang diberikan oleh PKNS kurang mendapat perhatian pengunjung selama ini, namun Alhamdulillah rezeki para usahawan murah sekali. Pengunjung pada hari pertama amat memberangsangkan. Kami berdoa agar Allah S.W.T. sentiasa mempermudahkan segala urusan agar setiap yang dirancangkan akan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar, Insya-Allah.
Jadi, apa tunggu lagi. Jom kita ramai-ramai serbu Promosi Kraf Malaysia 2011 di PKNS Shah Alam sebelum 30 November 2011.
Rabu, 23 November 2011
GOTONG-ROYONG PEMBAIKAN WAKAF ORANG ASLI SG.BUMBUN, PULAU CAREY
Pada 19 November 2011 (Sabtu), satu aktiviti gotong-royong telah diadakan untuk kerja-kerja pembaikan wakaf-wakaf Orang Asli Kaum Mah Meri Sg. Bumbun, Pulau Carey oleh juruteknik KMCS, En. Mohd Fathul Muin dan Pengajar Kraf Unit Usahawan KMCS, En. Syahrul Hakimi. Kerja-kerja bermula setibanya kami di sana pada jam 10.00 pagi dengan membawa peralatan dan kelengkapan untuk kerja-kerja tersebut. Kedatangan kami disambut oleh keluarga Pak Dayong yang wakafnya terletak di hujung kampung Sg. Bumbun. Keadaan lantai wakaf Pak Dayong rosak dan reput akibat dimakan anai-anai dan kumbang kayu yang telah melemahkan struktur kayu dan papan lantai. Kesemua kayu dan papan yang rosak dibuang dan disembur anti anai-anai bagi mengelakkan serangan anai-anai dan kumbang tanah ini berulang. Kerja-kerja pembaikan siap sepenuhnya pada jam 3.00 petang. Berikut adalah gambar semasa kerja-kerja dilakukan.
Keadaan sebelum kerja pembaikan dilakukan
Kita pecahkan semua kayu-kayu nie…
Habis bersih papan dicabut oleh aa dan muin
UJIAN ALLAH S.W.T.:SEJAUH MANA KEREDHAAN KITA?
Artikel bagi ruangan MOTIVASI pada hari Rabu (23 November 2011) telah disumbangkan oleh Cik Amalina Bt. Rossli bertajuk "UJIAN ALLAH S.W.T. : SEJAUH MANA KEREDHAAN KITA?"
Selasa, 22 November 2011
CORETAN ILMU - 3
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia
Marilah kita sama-sama menghayati sambungan artikel di ruangan Coretan Ilmu bertajuk, "Rasulullah S.A.W Menangis Apabila Bercerita Tentang Neraka". Artikel ini merupakan sedutan daripada Kitab Tanbihul Ghafilin dan telah disumbangkan oleh Cik Marshila Marzuki sebagai renungan kita bersama.
I-REKA - WARNA 'POP ART'
Artikel bagi ruangan I-Reka pada hari ini, Selasa (22 November 2011) telah disumbangkan oleh Sri Norhafeeza binti Abdul Razak bertajuk, "Warna Pop Art".
Isnin, 21 November 2011
CORETAN ILMU
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia
Marilah kita sama-sama menghayati sambungan artikel di ruangan Coretan Ilmu bertajuk, "Rasulullah S.A.W Menangis Apabila Bercerita Tentang Neraka". Artikel ini merupakan sedutan daripada Kitab Tanbihul Ghafilin dan telah disumbangkan oleh Cik Marshila Marzuki sebagai renungan kita bersama.
PETUA MENGHILANGKAN STRES DI TEMPAT KERJA
Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini, Isnin (21 November 2011) telah disumbangkan oleh Cik Mursyida binti Md Isa @ Mansor bertajuk, "Petua Menghilangkan Stres di Tempat Kerja".
Jumaat, 18 November 2011
CORETAN ILMU
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia
Bermula pada 18 hingga 25 November 2011, blog KMCS akan mewujudkan satu ruangan baru iaitu ruangan Coretan Ilmu yang akan menyiarkan satu artikel bertajuk, "Rasulullah S.A.W Menangis Apabila Bercerita Tentang Neraka". Artikel ini merupakan sedutan daripada Kitab Tanbihul Ghafilin dan telah disumbangkan oleh Cik Marshila Marzuki sebagai renungan kita bersama. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menghayati dan mengambil peluang untuk memperbaiki diri kita supaya menjadi khalifah Allah yang terbaik, insya-Allah.
Khamis, 17 November 2011
BERLANGSUNGNYA MESYUARAT PENYELARASAN PENGISIAN PERKAMPUNGAN BUDAYA ORANG ASLI MAH MERI PULAU CAREY
Pada
2 November 2011 (rabu), telah berlangsungnya mesyuarat penyelarasan pengisian
perkampungan Budaya Orang Asli Mah Meri, Pulau Carey yang dipengerusikan oleh
YBhg Datuk Hj. Ab. Ghaffar bin A. Tambi, Timbalan Ketua Setiausaha
(Kebudayaan). Mesyuarat ini melibatkan Kementerian Penerangan Komunikasi dan
Kebudayaan dan turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia.
Turut
hadir ke Perkampungan Budaya ialah Pengarah Bahagian Usahawan, Penolong
Pengarah Bahagian Usahawan, Pengarah Bahagian Rekaan dan Pengarah Kraftangan
Cawangan Selangor.
KMCS
dengan kerjasama Bahagian Usahawan, Ibu Pejabat telah dipertanggungjawabkan
untuk menyelaras penyediaan prasarana
untuk aktiviti demonstrasi dan pameran kraf Orang Asli Mah Meri. Demonstrasi kraf yang diadakan adalah ukiran
kayu patung dan topeng kaum Mah Meri dan demonstrasi anyaman pandan mengkuang
dan origami.
Hampir dua (2) jam berlangsungnya mesyuarat tersebut, bermulalah sesi lawatan Datuk
Ghaffar ke tempat demonstrasi kraf Orang Asli Mah Meri. Lawatan beliau dimeriahkan dengan persembahan
kebudayaan masyarakat Orang Asli iaitu tarian sewang dan topeng. Selepas sesi lawatan berakhir, semua dijemput
untuk menjamu selera. Memandangkan
kesuntukan masa untuk kami bertolak ke Kg. Sg. Kurau, kami mengambil keputusan
untuk meninggalkan hidangan yang disajikan dan meneruskan perjalanan ke Bengkel
Latihan Jangka Pendek (LJP) Kg. Sg. Kurau.
Turut serta ke Bengkel tersebut iaitu Pengarah Bahagian Usahawan, En.
Ibrahim Ismail dan Penolong Pengarah Bahagian Usahawan Puan Azlin Aziz.
MOTIVASI - MUTIARA HATI
Artikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini, Khamis (17 November 2011) telah disediakan oleh Encik Rushdan bin Ahmad bertajuk, "Mutiara Hati".
Rabu, 16 November 2011
I-REKA - REKAAN UNIK
Artikel bagi ruangan I-Reka pada hari ini, Rabu (16 November 2011) telah disumbangkan oleh Puan Nawwar Hidayah binti Di Nek Kamal bertajuk, "Rekaan Unik".
Selasa, 15 November 2011
KE KAMPUNG SUNGAI KURAU LAGI KITA..... 9 November 2011
Perjalanan yang sedikit mencabar untuk tiba di Kg. Sungai Kurau
Diharapkan produk rekaan ke-2 ini akan
dapat disiapkan oleh mereka mengikut perancangan masa yang telah ditetapkan...Semoga
berjaya ya pengukir Kampung Sungai Kurau untuk mengikuti jadual pengeluaran
produk dan menghasilkan produk yang tinggi nilai seni ukirnya.
PETUA DEMAM PANAS DAN SEJUKKAN BADAN
Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini, Selasa (15 November 2011) disediakan oleh Zuridah Zainal Abidin bertajuk, " Petua Demam Panas dan Sejukkan Badan".
Isnin, 14 November 2011
SANTAPAN ROHANI - DI MANAKAH WANITA BARAKAH ITU?
Artikel bagi ruangan Santapan Rohani pada hari ini, Isnin (14 November 2011) telah disumbangkan oleh Bank Artikel KMCS bertajuk, "Di manakah Wanita Barakah Itu?"
Jumaat, 11 November 2011
MOTIVASI - KENAPA ANDA PERLU MEMAAFKAN ORANG YANG SAKITKAN HATI ANDA
Artikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini, Jumaat (11 November 2011) telah disumbangkan oleh Bank Artikel KMCS bertajuk, "Kenapa Anda Perlu Memaafkan Orang Yang Sakitkan Hati Anda".
Khamis, 10 November 2011
I-REKA - LAMPU PENYERI KEDIAMAN


Artikel bagi ruangan I-Reka pada hari ini, Khamis (10 November 2011, bertajuk "Lampu Penyeri Kediaman".
Langgan:
Catatan (Atom)































