Isnin, 30 April 2012

SANTAPAN ROHANI - 10 PESANAN RASULLULLAH S.A.W





Artikel bagi ruangan Santapan Rohani pada hari ini (30 April 2012) telah disumbangkan oleh Bank Artikel KMCS bertajuk, "10 Pesanan Rasullullah S.A.W".

Isnin, 23 April 2012

I-REKA - REKAAN DARI BAHAN TERBUANG



Artikel bagi ruangan I-Reka pada hari ini Isnin (23 April 2012) telah disediakan oleh Puan Suzita binti Mohd Sawi bertajuk, "Reka Bentuk Dari Bahan Terbuang".


Jumaat, 20 April 2012

SELAMAT DATANG KE TERATAK KMCS...


Pada tanggal 5 April 2012 (Khamis) yang lalu, sekali lagi Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor (KMCS), telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (JKPKPKK) peringkat Negeri Selangor.

Mesyuarat kali ke-5 tahun 2012 ini telah dipengerusikan oleh Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (Penerangan) iaitu Dr. Ismail bin Jamaluddin dan hadir bersama Setiausaha Bahagian Pengurusan Analisis Maklumat (BPAM) iaitu Tn. Haji Mohd. Nasir bin Hj. Salleh serta wakil dari KPKK. Ahli tetap mesyuarat ini terdiri dari :

i. Jabatan Penerangan Malaysia Selangor                       - Pengerusi
ii.Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Selangor                     - Ahli
iii.Jabatan Penyiaran   Malaysia Selangor (Selangor FM)   - Ahli


iv.Jabatan Kebudayaan & Kesenian Selangor (JKKN) - Ahli
v.Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Selangor    - Ahli
vi.Suruhanjaya Komunikasi Multi-Media Malaysia  Selangor (SKMM)  - Ahli
vii.Jabatan Filem Negara                                             - Ahli
viii.BERNAMA                                                             - Ahli

Pihak KMCS amat berbangga kerana mesyuarat kali ini dihadiri oleh dua orang Setiausaha Bahagian dari KPKK dan semua ahli mesyuarat JKPKPKK peringkat Negeri Selangor. Mudah-mudahan KMCS akan lebih dikenali dan dikunjungi oleh semua anggota kerja yang bernaung di bawah KPKK. 

Khamis, 19 April 2012

SALAM TAKZIAH...



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Kami warga KMCS mengucapkan takziah kepada Encik Ridwan Misran (Ketua Unit Perolehan Ibu Pejabat) di atas pemergian isteri tercinta, Norhana binti Norhudin yang telah kembali ke rahmatullah pada 18 April 2012(Rabu) yang lalu. Marilah kita bersama-sama berdoa memohon agar Allah merahmatinya, mengampunkan segala doasa-dosanya, mempermudahkan segala urusannya dan menyediakan yang terbaik buatnya... Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, solehah dan disediakan tempat di syurga Firdaus, insya-Allah. Amin... Al-Fatihah.

Kepada Encik Ridwan Misran, kami juga turut mendoakan agar Allah memberikan ketabahan dan kesabaran yang tinggi buatnya serta dipermudahkan segala urusannya dan semoga beliau cepat sembuh, insya-Allah.
Marilah kita bersama-sama menghayati sebuah nukilan yang telah dicoretkan oleh seorang rakan yang dikasihi agar menjadi renungan kita bersama.

“Bukankah, Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hamba-Nya apa yang di luar kemampuan hamba-Nya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujian-Nya, jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini, kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hamba-Nya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi, percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hamba-Nya kurang bersabar dalam menghadapi ujian-Nya. Pasti Allah telah mengaturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih ,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

PETUA - PENJAGAAN PAKAIAN BERWARNA GELAP



Artikel bagi ruangan Petua pada hari Khamis (19 April 2012) telah disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor bertajuk, "Petua Penjagaan Pakaian Berwarna Gelap".

RENUNGAN BERSAMA...

Marilah kita bersama-sama renungkan apa yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadis berikut:

Dari Abi Hurairah ra, katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): 
Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah dan pada tiap-tiap (mereka) ada kebaikan. Bersungguh-sungguhlah kamu mendapatkan apa yang mendatangkan manfaat bagi kamu, dan pohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu lemah dan sekiranya suatu (musibah) menimpa kamu maka, janganlah kamu mengatakan: "Kalau saya melakukan itu (dulu) sudah tentu saya akan begini dan begitu", tetapi katakanlah: "(Ini adalah) takdir Allah, Dia berkuasa melakukan apa yang Dia kehendaki". Sesungguhnya, “KALAU” membuka amalan syaitan.

(Hadis Riwayat Muslim)

Semoga kita menjadi hamba Allah yang sentiasa memohon perlindungan hanya dari-Nya, insya-Allah.


Sumber dari - http://citratus.blogspot.com/2010/05/malas-takut-dan-lemah.html

Jumaat, 13 April 2012

PETUA - TIPS GEMBIRA SEPANJANG MASA





Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini Jumaat (13 April 2012) telah disediakan oleh Cik Amalina binti Rossli bertajuk, "Tips Gembira Sepanjang Masa".

Khamis, 12 April 2012

SANTAPAN ROHANI - BILA DILANDA TEKANAN DAN DUKACITA


Artikel bagi ruangan Santapan Rohani pada hari ini Khamis (12 April 2012) telah disediakan oleh Sri Norhafeeza binti Abdul Razak bertajuk, "Bila Dilanda Tekanan dan Dukacita".

Selasa, 10 April 2012

I-REKA - UKIRAN KAYU UNIK



Artikel bagi ruangan I-Reka pada hari ini Selasa (10 April 2012) telah disediakan oleh Bank Artikel KMCS bertajuk, "Ukiran Kayu Unik".

Jumaat, 6 April 2012

Rabu, 4 April 2012

I-REKA - SENI UKIRAN KULIT TELUR



Marilah kita bersama-sama mencari ilham dengan melihat idea-idea terkini yang telah dimuatkan dalam ruangan I-Reka pada hari ini Rabu (4 April 2012) bertajuk, "Seni Ukiran Kulit Telur".


Selasa, 3 April 2012

PETUA - MEREDAKAN SAKIT GIGI


Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini Selasa (3 Mac 2012) telah disumbangkan oleh Bank Artikel KMCS bertajuk, "Petua Meredakan Sakit Gigi".

Isnin, 2 April 2012

SANTAPAN ROHANI - KENAPA KITA DIUJI?

Artikel bagi ruangan Santapan Rohani pada hari ini Isnin (2 April 2012) disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor bertajuk, "Kenapa Kita Diuji?"

Jumaat, 30 Mac 2012

MOTIVASI - HIDUP ADALAH SESUATU YANG TIDAK DAPAT DIJANGKAKAN

Artikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini Jumaat (30 Mac 2012) telah disumbangkan oleh Puan Rosmawati binti Zubir bertajuk, "Hidup Adalah Sesuatu Yang Tidak Dapat Dijangkakan".

Rabu, 21 Mac 2012

TIPS BERHENTI MEROKOK


Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini Rabu (21 Mac 2012) telah diambil dari Bank Artikel KMCS bertajuk 'Tips Berhenti Merokok'.

Selasa, 20 Mac 2012

Isnin, 19 Mac 2012

MOTIVASI - KUNCI KEJAYAAN





Atikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini Isnin (19 Mac 2012) telah disediakan oleh Yuhanes bertajuk, "KUNCI KEJAYAAN".

Khamis, 15 Mac 2012

Rabu, 14 Mac 2012

MOTIVASI - BEKERJA SECARA BIJAK BUKAN KUAT KERJA

Artikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini, Rabu (14 Mac 2012) telah disediakan oleh Puan Rosmawati binti Zubir bertajuk, "Bekerja Secara Bijak Bukan Kuat Kerja".

Jumaat, 9 Mac 2012

CORETAN ILMU - PENGAJARAN 3 DAN 4


Assalamualaikum w.b.t
Mengambil keberkatan dan kelebihan pada hari Jumaat ini insya-Allah, marilah kita bersama-sama menghayati Pengajaran 3 dan 4 yang telah dimuatkan dalam ruangan Coretan Ilmu. Artikel ini telah dipetik daripada buku 'Nasihat & Bimbingan Hadith Qudsi" dan merupakan karangan yang telah dikumpulkan oleh Imam al-Ghazali. 

Buku ini mengandungi pengajaran, nasihat dan boleh dijadikan peringatan bagi umat Islam dan amat berguna untuk menguatkan ketakwaan kita kepada Maha Pencipta. Semoga kita semua menghayati dengan 'mata hati' agar ia meresap ke dalam jiwa dan sanubari agar kita menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur dan mematuhi segala perintah-Nya, insya-Allah.