Selasa, 9 November 2010

LAMAN BUDAYA RAKYAT KUALA LUMPUR






Baru-baru ini telah berlangsungnya Laman Budaya Rakyat yang dianjurkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bertempat di hadapan Restoran Warisan, Dataran Merdeka. Program ini diadakan pada setiap minggu (hari Sabtu sahaja) bermula pada 9 Oktober 2010 dari jam 5.00 petang hingga 10.30 malam.

Aktiviti yang dijalankan pada setiap hari Sabtu (setiap minggu) ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada pihak Karyawan dalam menonjolkan bakat-bakat baru dalam industri muzik tanah air di samping membuka peluang penyertaan kepada pelukis-pelukis yang berdaftar dengan Balai Seni Negara untuk mempamer dan menjual karya-karya mereka kepada orang ramai.







Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor pula telah mengambil bahagian dalam memperkenalkan seni kraf tempatan kepada para pengunjung di mana pada setiap minggu pelbagai aktiviti pendidikan kraf dijalankan seperti mewarna permukaan seramik, mewarna kipas dan mencanting batik. Aktiviti demonstrasi anyaman rotan turut diselitkan bagi memperkenalkan seni anyaman rotan kepada pelancong yang datang.





Di samping itu juga, terdapat penyertaan daripada Perpustakaan Negara yang mengadakan sesi jualan buku dan mengadakan kuiz yang terbuka kepada pengunjung. Selain iut, Jabatan Warisan Negara telah membuka gerai jualan makanan tradisi seperti keropok lekor, nasi lemak, goreng pisang, karipap dan sebagainya. Walaupun sambutan pada awalnya nampak suram namun usaha yang berterusan perlu digiatkan bagi memperkenalkan program ini kepada orang ramai di masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Komen