Selasa, 9 November 2010

RAYA DATANG LAGI........





Sambutan Hari Raya pada tahun 2010 telah diadakan pada 8 Oktober 2010 bersamaan dengan 29 Syawal 1431 hijrah. Sambutan kali ini amat meriah sekali walaupun ianya tidak dirancang. Jamuan yang berkonsepkan 'pot luck' ini amat menarik kerana setiap anggota kerja membawa makanan sendiri untuk dihidangkan kepada tetamu. Pelbagai menu menarik yang dibawa seperti ayam goreng KFC, Bihun soto, kek coklat, bihun dan koew tiew goreng, nasi impit, buah-buahan dan pelbagai jenis kuih raya.









Aktiviti dilakukan secara bergotong-royong dan setiap anggota kerja mempunyai peranan masing-masing. Sambutan ini juga telah dimeriahkan dengan kehadiran beberapa anggota kerja dari Cawangan Kedah iaitu En. Abdul Gani, En. Rahman dan En. Md. Zain yang kebetulan mempunyai lawatan kerja ke Cawangan Selangor dan Pusat Inkubator Kraf Batu di Petaling Jaya.



Biarpun jamuan ini nampak kecil namun kegembiraan dan kemeriahan sambutan Hari Raya dapat dirasai oleh seluruh anggota kerja Kraftangan Cawangan Selangor. Semoga aktiviti seperti ini berterusan kerana ianya dapat mengeratkan tali silaturrahim di kalangan anggota kerja.




Tiada ulasan:

Catat Komen