Selasa, 9 November 2010

PENDIDIKAN KRAF MENCANTING BATIK





Pada 2 November 2010 yang lalu, pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor telah mendapat jemputan bagi mengadakan aktiviti Pendidikan Kraf Mencanting Batik dan Pameran Buku Kraf bertempat di Sekolah Kebangsaan Bandar baru Selayang 2, Selayang. Seramai hampir 500 peserta telah mengambil bahagian dalam aktiviti ini dan ianya melibatkan daripada pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6.






Aktiviti pendidikan kraf mencanting batik ini diadakan sempena Sambutan Hari Seni di sekolah ini. Terdapat juga sudut pameran bagi mempamerkan hasil kreativiti para pelajar.






Dapat diperhatikan para pelajar begitu berminat bagi mencuba mencanting sendiri dan mereka mempunyai minat serta kesungguhan bagi menyiapkan lukisan batik tersebut. Pihak sekolah amat berterima kasih dengan penganjuran aktiviti ini dan berharap agar aktiviti seumpama ini diadakan lagi di masa akan datang. Kepada pihak Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang 2, Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan