Rabu, 14 Disember 2011

SALAM TAKZIAH...


Kami warga KMCS mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Nazari bin Maarus, Pereka di Kraftangan Malaysia yang telah kembali ke rahmatullah pada 13 Disember 2011 yang lalu. 

Allahyarham merupakan seorang anggota kerja dan sahabat yang sangat kami sayangi. Pemergiannya amat dirasai oleh seluruh warga di Kraftangan Malaysia. Kami mendoakan agar Allah mengampunkan segala dosa-dosanya, mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

2 ulasan: