Jumaat, 22 Julai 2011

SEKITAR MAJLIS PERASMIAN PUSAT PERKAMPUNGAN BUDAYA ORANG ASLI MAH MERI PULAU CAREY



Pada 18 Julai lalu, telah berlangsungnya Majlis Perasmian Pusat Perkampungan Budaya Orang Asli Mah Meri bertempat di Kampung Sungai Bumbun , Pulau Carey. Majlis selamat disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Majlis turut melibatkan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Untuk makluman, perkampungan Budaya Orang Asli Mah Meri berkeluasan tapak 1.85 ekar dimana projek pembinaan telah bermula pada 13 November 2009 dan siap keseluruhan pembinaanya pada 31 Mac 2011.

Majlis Perasmian turut menyaksikan kehadiran Timbalan Menteri KPKK, YB Dato’ Joseph Salang Gandum, Ketua Setiausaha KPKK YBHG. Dato’ Sri Kamaruddin Siaraf dan Ketua-ketua agensi di bawah KPKK juga turut hadir dalam memeriahkan majlis tersebut.

Sehubungan dengan itu, KMCS dengan kerjasama Bahagian Usahawan, Ibu Pejabat telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras aktiviti demonstrasi kraf Orang Asli Mah Meri. Demonstrasi kraf yang diadakan adalah ukiran kayu patung dan topeng kaum Mah Meri oleh Pion Anak Bumbong, A.Samri A/L Abdul Rahman, Kemi Bin Khamis dan Nohiman Bin Belon. Manakala demonstrasi anyaman pandan mengkuang dan origami oleh Tijah Anak Tegap dan Rita Anak Uju.

Majlis turut dimeriahkan dengan aktiviti persembahan kebudayaan masyarakat Orang Asli iaitu tarian sewang dan topeng oleh Kumpulan Jo’oh dan Kanak-kanak Tunas Harapan. Acara kemuncak dimulakan dengan ucapan perasmian oleh YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan seterusnya upacara menandatangani plak perasmian dan menanam pokok Nyirih Batu sebagai tanda simbolik perasmian sebelum diakhiri dengan lawatan YB Menteri ke Bangunan Pusat Budaya.















SKUAD J1M1K KE SEK. KEB. SEAFIELD



Bagi pengikut-pengikut blog KMCS pasti pernah membaca artikel berkaitan program J1M1K sebelum ini kan? Program J1M1K yang telah dilancarkan pada 8 Julai 2011 yang lalu oleh Y.A.B. Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia. Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi merupakan sekolah pertama yang dipilih bagi memulakan jelajah KMCS dalam dalam melahirkan pelajar yang lebih kreatif dan celik kraf.

Program “Jelajah 1 Murid 1 Kraf” atau singkatannya J1M1K telah memulakan ‘jelajahnya’ ke sekolah-sekolah dan sekolah kedua yang terpilih adalah Sekolah Kebangsaan Seafield, Subang Jaya. Skuad J1M1K yang terdiri daripada anggota kerja KMCS seramai empat orang telah turun padang pada 20 Julai yang lalu bagi memberi pendedahan mencanting batik kepada pelajar-pelajar di sekolah ini. Seramai 57 orang murid dan guru yang telah menyertai aktiviti ini dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Aktiviti ini juga diadakan sebagai persediaan awal kepada pelajar di sekolah ini bagi menyambut kedatangan delegasi daripada Negara Jepun pada 27 Julai nanti.
Wah, walaupun ramai yang belum pernah mencuba sendiri untuk mencanting batik, namun komitmen dan kesabaran mereka telah membuahkan hasil yang menarik. Tahniah adik-adik dari Sekolah Kebangsaan Seafield. Kita jumpa lagi pada 27 Julai nanti. Tungguuuu……


TAZKIRAH MINGGUAN - BUKAN DARI GOLONGAN KAMI.. YANG TIDAK MENGGUNTING MISAI




Assalamualaikum dan Salam Ukhwah.

Pada kebiasaanya, Sesi Tazkirah akan menyusul selepas selesai bacaan Yasin. Jika pada minggu lepas kita telah mengikuti Hadith 11 yang telah dipetik dari buku BUKAN DARI GOLONGANKU… Himpunan Ustaz Kamal Ashaari dan Nafisah Binti Hj. Md. Tahir cetakan pertama Ogos 2007, jadi, marilah kita sama-sama menghayati dengan penuh tawadhuk maksud hadith 12 minggu ini, "Bukan Dari Golongan Kami… Yang Tidak Menggunting Misai" yang telah dimuatkan di ruangan Tazkirah Mingguan. Semoga kita semua terhindar daripada menjadi orang bukan daripada golongan Nabi Muhammad s.a.w, Nauzubillah!

I-REKA - SENI ANYAMAN KELARAI

Artikel bagi ruangan I-Reka pada hari ini, Jumaat (22 Julai 2011), telah disumbangkan oleh Cik Zuridah binti Zainal Abidin bertajuk "Seni Anyaman Kelarai" .


Khamis, 21 Julai 2011

MOTIVASI - MENGAPA PERLU JADI MENARIK?

Artikel bagi ruangan Motivasi hari ini Khamis (21 Julai 2011), disumbangkan oleh Noor Iza Kassim bertajuk "Mengapa perlu jadi menarik?".

SEKITAR PROGRAM “JELAJAH 1MURID 1KRAF (J1M1K)"





Kami diserbu para pencinta Kraf!






Gelagat staf KMCS!





Bersama orang-orang penting Kementerian Pelajaran Malaysia




Terima Kasih Semua!

Rabu, 20 Julai 2011

PETUA "AWET MUDA" CARA ISLAM

Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini, Khamis (20 Julai 2011), telah disumbangkan oleh Puan Zailah binti Zaid bertajuk, "AWET MUDA' cara Islam".

Selasa, 19 Julai 2011

SANTAPAN ROHANI - 10 PERANGKAP SYAITAN

Artikel bagi ruangan Santapan Rohani pada hari ini, 19 Julai 2011 (Selasa), telah disumbangkan oleh Puan Yuhanes binti Abdullah bertajuk, "10 Perangkap Syaitan".

Isnin, 18 Julai 2011

I-REKA - RUMAH MODEN

Artikel bagi ruangan I-Reka pada hari ini, Isnin (18 Julai 2011), merupakan sumbangan daripada Puan Nawwar Hidayah bt Di Nek Kamal yang bertajuk 'Rekaan rumah moden'.

Khamis, 14 Julai 2011

PETUA MENGELAKKAN LABU SAYONG MENYERAP AIR

Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini, Khamis (14 Julai 2011), telah disumbangkan oleh Puan Rosmawati binti Zubir bertajuk, "Petua Mengelakkan Labu Sayong Menyerap Air".

Rabu, 13 Julai 2011

HARI BERTEMU PELANGGAN KRAFTANGAN MALAYSIA


Pada tanggal 12 Julai yang lalu, telah berlangsungnya Hari Bertemu Pelanggan Kraftangan Malaysia (HBP) bertempat di Laman Wau, Kompleks Kraf Kuala Lumpur. HBP ini diadakan bagi mendapatkan maklum balas daripada usahawan kraf berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Kraftangan Malaysia di samping mendapatkan cadangan bagi mengambil langkah-langkah penambahbaikan serta peningkatan mutu perkhidmatan Kraftangan Malaysia.

Ini merupakan kali yang ke-2, Kraftangan Malaysia menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan dan ia diadakan secara serentak di seluruh cawangan negeri kecuali negeri Sarawak. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Ramli bin Mohd Noor, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Kraftangan Malaysia. Turut hadir bersama bagi memeriahkan HBP ini adalah Pengarah KMCS dan Pengarah-Pengarah Bahagian Ibu Pejabat.

Penganjuran HBP di Kompleks Kraf ini telah mengumpulkan usahawan-usahawan di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan sebagai usaha Kraftangan untuk mewujudkan hubungan yang baik dan mesra di samping memberi peluang kepada para usahawan untuk mengemukakan cadangan untuk kebaikan semua pihak.

Melalui HBP ini juga, Kraftangan Malaysia dapat berhubung secara terus bersama usahawan dan banyak permasalahan yang dihadapi oleh usahawan dapat dikemukan kepada Kraftangan Malaysia supaya dapat ditangani bersama.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah diadakan semasa HBP tersebut adalah:
1. Taklimat Korporat oleh Pengarah Negeri
2. Sesi Dialog bersama Usahawan Kraf
3. Kaunter Helpdesk
4. Kempen Penggunaan Laman Web Kraftangan Malaysia

Kami, warga KMCS mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada usahawan yang telah sudi meluangkan masa menghadiri Hari Bertemu Pelanggan ini dan berharap agar ikatan yang terjalin ini akan terus berkekalan, insya-Allah.

SANTAPAN ROHANI - ANTARA DOA YANG DIMAKBULKAN

Artikel bagi ruangan Santapan Rohani pada hari ini Rabu (13 Julai 2011) telah disumbangkan oleh Cik Amalina Bt Rossli bertajuk, "Antara Doa Yang Dimakbulkan".

TAHNIAH KEPADA PUAN PENGARAH KMCS..



Kami, warga KMCS mengucapkan tahniah kepada Puan Ruslah binti Khalid kerana telah menerima Anugerah Perkhidmatan 25 Tahun pada 23 Jun 2011 yang lalu. Majlis penyampaian anugerah ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia iaitu Yang Berbahagia Encik Mohd Kamil bin Mohd Ali. Kami mendoakan agar puan dapat melaksanakan tugas seharian dengan dedikasi dan diberikan kesihatan yang baik. Amin...



Isnin, 11 Julai 2011

PELANCARAN PROGRAM ‘J1M1K’ OLEH TIMBALAN PERDANA MENTERI





Pada hari Jumaat yang lalu (8 Julai 2011), telah berlangsungnya aktiviti pendidikan kraf mencanting dan mewarna batik “Jelajah 1Murid 1Kraf” bertempat di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor sempena Majlis Pelancaran Buku Panduan dan Peraturan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk Penambahbaikan UPSR dan PMR mulai Tahun 1 pada 2011 dan Tingkatan 1 pada 2012. Seramai 3,000 orang jemputan telah hadir ke majlis yang telah dirasmikan oleh Y.A.B. Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

Program yang dinamakan “Jelajah 1Murid 1Kraf” atau singkatannya ‘J1M1K’ ini merupakan usaha proaktif yang diambil oleh Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor (KMCS) bagi memupuk minat generasi muda terhadap kraf dan menyediakan tenaga pelapis bagi meneruskan kesinambungan perusahaan kraf ke peringkat yang lebih tinggi. Program ini juga untuk menarik minat murid terhadap kraf bermula daripada peringkat awal.

J1M1K beraspirasi/ bermatlamat untuk:

  • Membantu murid mengenali dan mencintai seni kraf sebagai seni budaya warisan negara;
  • Membantu Kementerian Pelajaran Malaysia dan sekolah dalam menjadikan kraf sebagai subjek kemahiran yang dipelajari oleh semua murid sekolah rendah;
  • Menbantu memberi pendedahan awal supaya murid dapat memilih kraf sebagai topik kerja kursus di peringkat sekolah menengah serta;
  • Membantu memupuk minat murid untuk memilih kraf sebagai bidang potensi kerjaya.

Seramai lebih daripada 870 orang peserta telah terlibat dalam aktiviti mencanting dan mewarna batik ini termasuk guru dan murid daripada pelbagai sekolah yang terlibat. Syukur Alhamdulillah, J1M1K ini telah dilancarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin juga pada hari berkenaan semasa lawatan beliau ke tapak aktiviti KMCS. Maka, dengan itu, telah terlancarnya J1M1K dan program ini telah bermula di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi dan akan diteruskan ke sekolah-sekolah di dearah lain khususnya di negeri Selangor dan Kuala Lumpur sebagai titik permulaan bagi KMCS dalam melahirkan pelajar yang lebih kreatif dan celik kraf. Kumpulan inilah merupakan kumpulan pelapis untuk mewarisi kemahiran dan seterusnya menggerakkan usaha-usaha pemuliharaan kraf.

KMCS berharap agar program ini akan memberi impak yang besar dalam meningkatkan nisbah murid untuk mengambil topik kraf dalam kerja kursus yang ditawarkan pada setiap tahun dan mampu menjadikan pendidikan kraf ini sebagai satu bidang kebitaraan (niche area) dan penanda aras bagi peluasan pelaksanaan di peringkat negeri. Insya-Allah. Kerjasama dengan Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor/Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan perlu kami perkukuhkan. Insya-Allah, kami berdoa segalanya akan dipermudahkan-Nya.


MOTIVASI - 'KENAPA MENJERIT APABILA MARAH'

Artikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini, Isnin (11 Julai 2011), merupakan sumbangan daripada Mursyida Md Isa @ Mansor, bertajuk "Kenapa Menjerit Apabila Marah".

Khamis, 7 Julai 2011

ULI-ULI SERAMIK DI HOT CERAMIC







Baru-baru ini pihak Unit Penyelidikan & Pembangunan telah berkunjung ke tempat usahawan seramik di Seri Kembangan, Selangor. Usahawan tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah En. Mohd Taufiq Mohd Taib, dari Syarikat Hot Ceramic Enterprise. Justeru, pihak kami telah berbincang mengenai beberapa rekaan yang sesuai untuk dijadikan produk jualan sempena promosi seterusnya. Hasil kerjasama dengan pihak beliau, maka dapatlah kami melaksanakan tugas dengan lebih lancar. Terima kasih diucapkan kepada usahawan tersebut.





Di antara produk-produk yang dihasilkan














SANTAPAN ROHANI - AMALAN YANG MENCAMBAHKAN PAHALA




Artikel bagi ruangan Santapan Rohani pada hari ini Khamis (7 Julai 2011), telah disumbangkan oleh Encik Syahrul Hakimi bin Setapa bertajuk, "Amalan Yang Mencambahkan Pahala".

Rabu, 6 Julai 2011

MOTIVASI DIRI MELALUI RASA PERCAYA DIRI

Artikel bagi ruangan Motivasi hari ini, Rabu (6 Jun 2011), merupakan sumbangan daripada Encik Mohd Fathul Muin bin Mohd Hafid, bertajuk "Motivasi Diri Melalui Rasa Percaya Diri".

Selasa, 5 Julai 2011

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2010





Kami, warga KMCS ingin mengucapkan tahniah kepada Puan Hajah Sokdah binti Junus (Pembantu Tadbir) dan Cik Noor Iza binti Kassim (Pereka) yang telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2010. Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) telah diadakan pada 30 Jun 2011 (Khamis) yang lalu, bertempat di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Majlis yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim ini telah berlangsung dengan jayanya dan tahniah kami ucapkan kepada seramai 811 orang penerima anugerah dari semua jabatan dan agensi di bawah KPKK termasuk 58 orang daripadanya merupakan warga Kraftangan Malaysia dari seluruh cawangan. Tahniah!









HARI BERTEMU PELANGGAN KRAFTANGAN MALAYSIA



Sukacita dimaklumkan bahawa, Kraftangan Malaysia akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan seperti berikut:

Tarikh : 12 Julai 2011
Tempat : Laman Wau, Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Masa : 10.00 pagi hingga 3.00 petang


Di antara aktiviti-aktiviti yang akan diadakan adalah seperti berikut :

1. Taklimat Korporat oleh Pengarah Negeri
2. Sesi Dialog bersama Usahawan Kraf
3. Kaunter Helpdesk
4. Kempen Penggunaan Laman Web Kraftangan Malaysia

Sehubungan dengan itu, kami, warga KMCS ingin mengalu-alukan kedatangan usahawan kraf terutamanya di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan bagi bersama-sama memeriahkan aktiviti Hari Bertemu Pelanggan ini. Kehadiran tuan/ puan amat bermakna buat kami. Kita jumpa di sana!





Isnin, 4 Julai 2011

PETUA




Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini, 4 Julai 2011 (Isnin) telah disumbangkan oleh Puan Lilis Suriyani binti Abdul Manaf bertajuk, "Petua Penjagaan Perabot" .

Jumaat, 1 Julai 2011

CORETAN SEBUAH PERPISAHAN




Sedih, pilu, sebak dan segala macam perasaan yang menyelubungi kami, warga KMCS ketika berlangsungnya Majlis Perpisahan Puan Hajah Sokdah binti Junus (Kak Odah) pada hari Jumaat (24 Jun 2011) yang lalu. Walaupun, rata-rata di kalangan kami masih baru mengenali Kak Odah, namun kami tidak dapat menahan sebak di dada tak kala diberi peluang untuk memberikan ucapan perpisahan. Ramai yang mengalirkan air mata kesedihan dan tidak dapat meluahkan kata-kata. Walaupun, terpendam di sudut hati namun, Kak Odah akan sentiasa di hati kami.




Bermula pada awal pagi, Kak Odah telah kami ‘quarantine’ di dalam pejabat dan tidak dibenarkan menjenguk segala persiapan yang kami ingin lakukan. Kasihan Kak Odah. Mati kutu dibuatnya. Serba-serbi rasa tak kena apabila ‘pantry’ yang selama ini menjadi tempat kesukaan Kak Odah terpaksa kami kawal dan tidak membenarkan dia masuk ke sana. Selama beberapa hari kami terpaksa ‘mengunci’ mulut agar tidak terlepas kata demi ingin membuat kejutan tentang majlis ini. Walaupun, kerap ‘diasak’ oleh Kak Odah bertanyakan apa yang akan berlaku kerana ada beberapa persiapan awal telah dibuat, namun kami hanya mengatakan ‘tak tahu la kak…”. Huhuhu… Minta Maaf banyak-banyak ye Kak Odah. Bukan kami sengaja hendak berahsia. Alhamdulillah, Allah telah mempermudahkan segala urusan kami pada hari tersebut.




Akhirnya, lebih kurang pada pukul 3.00 petang, segala rahsia mula terbongkar. Puan Ruslah dan Kak Ila telah menjemput dan mengiringi Kak Odah ke Bilik Mesyuarat kerana kami semua telah menanti di sana. En. Dan selaku Pengerusi Majlis telah memulakan majlis dengan menjemput En. Muin bagi membacakan doa. Majlis telah diserikan dengan kehadiran Shafiq yang telah berpindah ke Ibu Pejabat pada bulan Mac yang lalu. Ucapan perpisahan telah dimulakan oleh Puan Pengarah dan disusuli dengan ucapan Puan Ila (Timbalan Pengarah). Wah, awal-awal lagi air mata sudah sukar dibendung. Air mata ini kian laju mengalir apabila mendengar ucapan yang disampaikan oleh Kak Odah (teks ucapan telah disiarkan pada entri sebelum ini).




Majlis ini turut diserikan dengan majlis penyampaian cenderahati, tayangan multimedia, solat Asar berjemaah dan semestinya ada jamuan makan. Erm.. Sedap betul rendang ayam yang Puan Sue kita masak. Rugi siapa yang tak rasa! Majlis ini turut digabungkan dengan sambutan hari lahir Cik Sri (2 Jun) dan Kak Odah (26 Jun).




Biarpun, majlis ini ringkas dan tidak seberapa, namun kerjasama daripada semua warga KMCS dalam menjayakan majlis ini amatlah dipuji dan diucapkan jutaan terima kasih. Syukur, Alhamdulillah, semoga majlis kami ini diberkati dan kami mendoakan agar pengorbanan Kak Odah sepanjang berkhidmat di Kraftangan Malaysia dikurniakan ganjaran pahala oleh Allah s.w.t, insya-Allah. Salam sayang daripada kami warga KMCS buat Kak Odah. Kami amat mengalu-alukan dan menantikan kedatangan Kak Odah ke KMCS sekiranya ada masa terluang. “Selamat Bersara dan Selamat Maju Jaya Kak Odah”.







SANTAPAN ROHANI




Artikel bagi ruangan Santapan Rohani pada hari ini, Jumaat (1 Julai 2011) merupakan sumbangan daripada Cik Zuridah binti Zainal Abidin bertajuk, "Teguran Itu Penting".


Khamis, 30 Jun 2011

I-REKA




Artikel bagi ruangan I-Reka pada hari ini, Khamis (30 Jun 2011), bertajuk "Dekorasi Menarik".