Ahad, 28 November 2010

KRAF SEBAGAI SUMBER PENDAPATAN LUMAYAN






Kraftangan tempatan semakin diminati. Pelbagai produk kraf seperti batik, anyaman rotan bermutu keluaran tempatan menjadi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar negara.

Menurut Pengurus Malina Kraf, syarikat yang diusahakan oleh pasangan suami isteri, Abdul Manap Dahalan dan Salmah Ahmad menyediakan pelbagai produk anyaman rotan dan buluh seperti bakul, dulang, tudung saji serta pasu yang dianyam dengan pelbagai bentuk dan dicat dengan pelbagai kombinasi warna menarik.

Manap berkata, pengalaman lebih 20 tahun dan minat yang mendalam terhadap seni anyaman adalah faktor utama beliau dan isteri menubuhkan syarikat itu.

"Syarikat ini ditubuhkan sejak tiga tahun lalu dengan mendapat bantuan mesin, promosi, khidmat nasihat dan peralatan daripada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan Kemas," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Fauzi Abdul Majid, 35, memilih untuk menghasilkan produk kraf melalui bahan daripada alam semulajadi seperti upih, mayang pinang, sabut kelapa, dan buah pinang sebagai idea utama produk keluaran syarikat beliau, Attitude Planet Art (A.P.A) dengan kerjasama rakannya, Hisham Kamarudin.

"Pendapatan bulanan saya mencecah RM3,000 hingga RM4,000. Ini membuktikan bahawa produk seni kraf boleh memberi keuntungan Iumayan jika dibuat dengan betul, selain menembusi pasaran luar negara seperti Perancis, Jepun dan Jerman," katanya.

Seorang lagi pengusaha kraf, Rostam Affandi Abd Rashid, 45, memilih untuk berhenti kerja di sektor kerajaan untuk menubuhkan syarikat Qistina Green Garden Craft dengan menghasilkan produk berasaskan ukiran kayu.

"Setiap ukiran berbeza dan mempunyai keunikannya tersendiri serta dihasilkan daripada kayu cengal berkualiti tinggi dijual dengan harga RM190 hingga RM3,000," katanya.

- Laporan Berita Harian

2 ulasan:

  1. Suka produk kraf melalui bahan daripada alam semulajadi seperti upih, mayang pinang, sabut kelapa, dan buah pinang.

    BalasPadam
  2. kraftangan berdasarkan bahan-bahan terpakai juga sedang mendapat sambutan asalkan dapat menghasilkan kraftangan yang menarik.

    BalasPadam