Jumaat, 6 Mei 2011

MARI BELAJAR DAN BERKONGSI ILMU…









Seperti mana yang telah kami janjikan semalam, pada hari ini kami akan berkongsi cerita berkaitan Kursus Penulisan Surat Rasmi dan Memo. Kursus ini telah melibatkan semua warga KMCS dan telah diadakan di Bilik Mesyuarat KMCS. Encik Zulkifli Yahya, merupakan pesara PTD daripada INTAN telah dijemput bagi menjadi penceramah kursus ini.

Biarpun, bagi sesetengah orang menganggap bahawa kursus ini merupakan kursus biasa, namun bagi kami di KMCS ia amat bermakna kerana banyak ilmu yang kami pelajari semalam. Kesalahan yang telah lama dilakukan selama ini perlu diperbetulkan terutamanya kesalahan dalam ejaan, tanda bacaan, format dan cara penulisan. Mungkin ia kedengaran seperti masalah yang kecil, namun sekiranya kita menulis surat tetapi surat tersebut tidak difahami oleh pembaca serta tidak boleh dijadikan sebagai rujukan dan rekod, apa gunanya kan? Belajar daripada kesilapan dan memperbaikinya lebih baik daripada terus-menerus melakukan kesalahan yang sama sehingga menjadi budaya penulisan seharian.



Kursus berakhir dengan satu latihan ejaan. Hahaha… Jangan ingat ia senang. Ramai juga yang salah ejaan. Macam-macam ragam ada. Ada yang macam pelajar sekolah, ada yang tergelak besar apabila salah, ada yang mengeluh dan macam-macam lagi. Kami mengakhiri kursus lebih kurang pukul 6.00 petang dengan bacaan doa penutup oleh En. Fathul Muin.

Di sini, kami ingin berkongsi 15 ejaan yang perlu ditulis secara rapat untuk rujukan rakan-rakan pembaca. Harapan kami agar ilmu yang telah dipelajari dimanfaatkan bersama, insya-Allah.



Tiada ulasan:

Catat Komen