Khamis, 19 Mei 2011

PUCUK DICITA ULAM MENDATANG…

Ha…. Pasti ramai yang pelik, bila masa pula KMCS tanam ulam? Yalah, tiba-tiba saja cakap pasal pucuk dan ulam… Sebenarnya tak ada kaitan pun.. Cuma kami hendak kongsikan kisah kami mengadakan perbincangan bersama ‘sahabat’ kami, FAMA Negeri Selangor. Alhamdulillah, hajat kunjungan pada awalnya satu, sudah bertukar menjadi dua..

Pada 18 Mei 2011, Puan Ruslah, Puan Zailah, Akmal dan saya telah bertolak dari Rawang pada jam 9.00 pagi. Lebih kurang pukul 10.15 pagi kami tiba di pejabat FAMA Negeri Selangor yang terletak di Plaza Masalam, Shah Alam. Kedatangan kami disambut dengan penuh mesra oleh Pengarah FAMA Negeri Selangor iaitu Tuan Haji Rohizad, Encik Zharaubi, Kak Siti dan beberapa pegawai-pegawai lain. Meriah betul perbincangan kami. Macam-macam idea kreatif yang telah dilontarkan oleh Tn. Haji Rohizad sehinggakan kami sendiri teruja untuk menjalinkan kerjasama bersama. Insya-Allah KMCS akan cuba untuk mengikuti jejak langkah FAMA Negeri Selangor khususnya dalam menggiatkan aktiviti membangunkan usahawan dan promosi.

Pada awalnya, kami ke sana untuk berbincang mengenai aktiviti ‘rewang’ yang akan dijalankan dengan kerjasama FAMA Negeri Selangor. Aktiviti ‘rewang’ ini akan diadakan sempena Promosi Kerja Kahwin 2011 yang akan berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada 4 Jun 2011. Rupa-rupanya perbincangan kami bukan hanya sekadar jalinan kerjasama melalui aktiviti ‘rewang’, namun banyak pula idea kreatif yang kami perolehi di sana. Ha… Nak tau apa idea-idea kreatif tersebut? Rakan-rakan pembaca kenalah sentiasa mengikuti blog KMCS pada setiap hari…




Tiada ulasan:

Catat Komen