Jumaat, 18 Mac 2011

APA YANG PENTING? KERJASAMA…

(Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

Anda pernah dengar lagu ini?
“Apa yang penting? Kerjasama….”.
Lagu tema bagi rancangan Wonderpet, rancangan kanak-kanak yang menitik beratkan aspek kerjasama dalam membantu rakan-rakan yang berada dalam keadaan kesusahan. Nilai murni inilah yang kami, warga KMCS cuba terapkan dalam menjalankan kerja-kerja seharian sama ada di pejabat mahupun di mana saja kami berada.


Pada hari Jumaat (18 Mac 2011) yang lalu, hampir semua warga KMCS telah bekerjasama membantu Unit Pemuliharaan dalam membuat persiapan bagi aktiviti Pertandingan Mewarna Batik sempena Program Merakyatkan Seni dan Budaya (PMS) yang diadakan di Kg. Melayu Ampang, Ampang, Selangor pada 19 Mac 2011. Biarpun, kerja-kerja persiapan ini harus dilakukan oleh Unit Pemuliharaan, namun rakan-rakan dari Unit-unit lain telah menghulurkan bantuan demi menyiapkan segala persiapan dengan segera. Wah, pada masa inilah masing-masing mengambil kesempatan untuk menunjukkan bakat terpendam.

Pelbagai jenis bantuan yang telah dihulurkan seperti ada yang membantu menggunting kain, melekatkan kain pada bingkai pemidang, melakar motif 1Malaysia, mencanting dan mengangkat barang keperluan ke dalam kenderaan pejabat. Semangat kerjasama inilah yang semua warga KMCS harapkan. Sama ada kecil atau besar bantuan dan pertolongan yang diberikan, apa yang penting? K.E.R.J.A.S.A.M.A….. Terima kasih warga KMCS.. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi dan kerjasama baik yang kalian hulurkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan