Jumaat, 25 Mac 2011

MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAZKIRAH PAGI








Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia


Seperti biasa pada setiap hari Jumaat, penghulu segala hari, kami di KMCS akan bersama-sama membaca Surah Yasin bagi memohon keberkatan daripada yang Maha Esa. Majlis ini turut diserikan dengan sesi Tazkirah yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Fathul Muin. Jika pada minggu lepas beliau telah menyampaikan hadis 1 yang dipetik daripada buku "Bukan Dari Golonganku", namun pada minggu ini beliau telah berkongsikan maklumat berkaitan "Fadhilat Hari Jumaat". Mesti ramai yang berminat untuk mengetahui apa yang telah disampaikan oleh Ustaz Muin kita kan? Jom baca. Semoga Allah memberikan shafaatnya kepada orang-orang yang mengamalkannya. InsyaAllah.


Berikut ialah beberapa Fadilat berkaitan hari Jumaat, iaitu penghulu bagi segala hari:

Al-Bazzar meriwayatkan bahawa Nabi biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa yang membuka surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam."

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum sembahyang Subuh "Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi" tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut."

Dari Abu Hurairah katanya, dia mendengar Nabi bersabda, "Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat, melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya."

Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai) tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik."

Nabi Muhammad bersabda, " Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat)."



Hadis 1 yang telah disampaikan pada minggu lepas (18 Mac 2011). Marilah kita menghayatinya bersama-sama.


Hadith 1
Bukan dari golonganku ………… yang tidak menyukai sunnahku.


أَنَّ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ جَاءَ ثَلَاثَةُ رَهْطٍ إِلَى بُيُوتِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْأَلُونَ عَنْ عِبَادَةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا أُخْبِرُوا كَأَنَّهُمْ تَقَالُّوهَا فَقَالُوا وَأَيْنَ نَحْنُ مِنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ قَالَ أَحَدُهُمْ أَمَّا أَنَا فَإِنِّي أُصَلِّي اللَّيْلَ أَبَدًا وَقَالَ آخَرُ أَنَا أَصُومُ الدَّهْرَ وَلَا أُفْطِرُ وَقَالَ آخَرُ أَنَا أَعْتَزِلُ النِّسَاءَ فَلَا أَتَزَوَّجُ أَبَدًا فَجَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَيْهِمْ فَقَالَ أَنْتُمْ الَّذِينَ قُلْتُمْ كَذَا وَكَذَا أَمَا وَاللَّهِ إِنِّي لَأَخْشَاكُمْ لِلَّهِ وَأَتْقَاكُمْ لَهُ لَكِنِّي أَصُومُ وَأُفْطِرُ وَأُصَلِّي وَأَرْقُدُ وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي


Daripada Anas bin Malik r.a. berkata; Pada suatu hari sekumpulan kaum muslimin ( dalam lingkungan tiga orang sahabat ) datang kepada isteri Rasulullah s.a.w. Mereka bertanyakan tentang jumlah ibadat yang Rasulullah s.a.w. lakukan setiap hari. Setelah mendapat penjelasan, mereka menggangap ibadah Rasulullah s.a.w. hanya sedikit.

Mereka berkata; Kita tidak boleh meniru-niru baginda s.a.w. kerana Allah telah mengampuni segala dosanya yang telah lalu dan yang akan datang! Salah seorang dari mereka berkata : Aku tidak begitu, kerana aku bersembahyang malam ( tahajjud ) terus-menerus!.. Sahabatnya menyahut: Aku berpuasa terus – menerus tanpa berbuka!.. Dan sahabat yang lain berkata : Aku menjauhkan diri dari perempuan dan tidak akan berkahwin selama – lamanya!

Ketika Rasulullah s.a.w datang, baginda bersabda; Tadi kamu telah mengatakan begini dan begitu….. Demi Allah, aku ini lebih takut dan lebih bertaqwa kepada Allah daripada kamu sekalian; tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku menunaikan sembahyang dan tidur, dan aku berkahwin dengan wanita. Kerana itu sesiapa yang tidak menyukai sunnahku ia bukan dari golonganku ( bukan dari umatku ).

Riwayat Bukhari, Muslim dan Nasaie, lafaz oleh Bukhari.

Di dalam maksud hadith ini ialah nabi diutuskanNya adalah untuk diteladani, dicontohi dan dipatuhi dan bukanlah untuk dikagumi semata-mata malah apa yang dilakukan adalah yang terbaik untuk diikuti. Menambah-nambah dan berlebihan dalam ibadah adalah sesuatu yang dipanggil di dalam islam sebagai bid’ah.

Kehidupan manusia didalam dunia ini terbahagi kepada tiga jenis golongan;

1. Yang berpaling dari dunia dan menghinanya kerana ianya sibuk menyuburkan jiwa dan ruhnya dengan beriktikaf dan mengasingkan diri dari masyarakat semata-mata untuk beribadat sehingga sanggup membujang.

2. Yang tenggelam dengan dunia dan perhiasannya iaitu dengan bermati-matian mengumpul harta hanya untuk kepentingan peribadinya tanpa memperdulikan akhlak yang mulia serta keperluan ruh untuk disucikan serta tidak menunaikan haknya kepada penciptanya yang telah melimpahkan rezeki keatasnya dengan mensyukuri segala nikmatnya.

3. Yang amat menitikberatkan pembinaan roh, menyeru manusia kepada menghubungkan diri dengan tuhannya dengan ibadat, ketaatan dan amalan mendekatkan diri kepada penciptanya dengan tidak melupakan pembinaan hubungan manusia untuk menjaga wasilah keturunan, ketenangan jiwa serta terjaga maruah diri.

Dengan itu marilah kita beramai-ramai transformasi diri dengan menjadikan kehidupan manusia yang ketiga sebagai panduan dan ikutan sepanjang perjalanan hidup kita.

Wallahu’alam
"Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk datangnya dari diri saya sendiri".

Suasana ketika bacaan Yasin



Uisyhhh.. En. Dan ke yang jadi pemimpin bacaan Yasin? Sudah tukar ka???


Khusyuk mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Muin.

Erm... Apa yang Nawwar menungkan tu? Jauh nampak...



Erm... Sedap tak? Biasalah ini hidangan pot luck.


Rojak mamak sumbangan Anes dan Juju

Tiada ulasan:

Catat Komen