Rabu, 30 Mac 2011

MESYUARAT PERSEDIAAN BENGKEL BIMBINGAN TEKNIKAL 'ENAMELLING'


Selepas dua hari berhempas pulas bagi mengemas dan menghias Bilik Mesyuarat KMCS, akhir pada petang semalam, bilik tersebut telah ‘dirasmikan’ dan digunakan bagi mengadakan Mesyuarat Persediaan Bengkel Bimbingan Teknikal Enamelling.

Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Encik Mat Rasul bin Sidek, Timbalan Pengarah, Bahagian Usahawan dan Ahli Jawatankuasanya terdiri daripada Puan Zailah, Timbalan Pengarah KMCS, Cik Noor Iza, Unit Usahawan KMCS, Encik Mohd Ridzuan, Unit Rekaan KMCS, Encik Syazwan, Puan Masnainiza dari Bahagian Usahawan, Puan Nurlaili dari Bahagian Rekaan dan Encik Khairul Hafizi dari IKN.

Bahagian Usahawan Ibu Pejabat telah melantik KMCS untuk menjadi sekretariat bagi mengadakan Bengkel Bimbingan Teknikal Enamelling bertempat di Bengkel Jurusan Logam, IKN. Bengkel ini dijadualkan akan diadakan pada 10 hingga 15 April 2011 dan melibatkan seramai 30 orang usahawan logam dari seluruh negeri. Jutaan terima kasih kepada Pengarah Bahagian Usahawan atas peluang yang diberikan kepada KMCS untuk mengurusetiakan bengkel ini.

Wah, ini merupakan kali pertama KMCS menganjurkan bengkel bimbingan teknikal di negeri Selangor. Yang pasti, rakan-rakan terlibat akan sibuk dengan persembahan rekaan dan membuat persediaan awal pelaksanaan bengkel ini. Rakan-rakan yang lain pun jangan lupa untuk menghulurkan bantuan bak kata pepatah, “yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing”. Tolong, jangan tak tolong ya! Hehehe…..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan