Rabu, 16 Mac 2011

REZEKI DARI ALLAH........




Rezeki dari Allah......... Itulah perkataan yang menggambarkan betapa bertuahnya usahawan ini.......... Mana tidaknya, tanpa diduga bantuan yang dipohon telah diluluskan oleh pihak ibu pejabat...... Dan ini menunjukkan keperihatinan Kraftangan Malaysia terhadap usahawan kraf. Alhamdulillah seperti yang diarahkan, pihak KMCS telah berjaya mencari pembekal seperti yang dikehendaki dan seterusnya menyalurkan bantuan kepada Barakkaff Batik, usahawan di bawah program SDSI. Tak tergambar betapa gembiranya usahawan ini dengan bantuan yang telah perolehi. Dengan penerimaan bantuan ini, ia sedikit sebanyak membantu meringankan kerja dan apa yang penting kapasiti pengeluaran produk beliau dapat ditingkatkan. Antara bantuan yang diperolehi termasuklah :-


 Meja Silk Skrin ( besi )
 Palong Silicate Stainless Steel
 Periuk Merebus Stainless Steel
 Meja Tracing Siap Lampu
Jiffy Ion Steamer
 Meja Batik Blok
 Kuali Terap
 Pengadang Lilin
 Meja Dapur

Erm......... Banyak jugakan bantuan tu! itulah yang dinamakan REZEKI DARI ALLAH. Bagi kami warga kerja KMCS mendoakan agar usahawan ini akan dapat menghasilkan dan mengeluarkan produk yang berkualiti, kuantiti pengeluaran dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa serta sekaligus dapat memenuhi kehendak pelanggan dalam masa yang cepat dan konsisten . Doa kami, semoga apa yang diterima dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya. InsyaAllah...





Periuk Merebus Stainless Steel



Palung Silicate



Meja Tracing


Meja Silk Skrin




Meja Dapur




Meja Batik Blok

Tiada ulasan:

Catat Komen