Khamis, 24 Mac 2011

LATIHAN HRMIS BAGI SUBMODUL SKT-LNPT

Pada 23 Mac 2011, KMCS telah menerima kunjungan daripada HR-Team (pasukan HRMIS) dari Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, Ibu Pejabat. Pasukan ini terdiri daripada lima anggota kerja yang diketuai oleh Encik Syardi. KMCS merupakan cawangan pertama yang telah mendapat latihan penggunaan Submodul Penilaian Prestasi (SKT-LNPT).

Seramai 16 anggota kerja KMCS telah mengikuti latihan ini dan ia telah dijalankan di Makmal Komputer, Institut Kraf Negara (IKN) mulai jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi. Objektif latihan ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada warga kerja tentang cara-cara penggunaan sistem HRMIS bagi submodul Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan submodul Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) menggunakan sistem berkomputer.

Biarpun anggota KMCS tidak ramai, namun senda gurau tetap menjadi kebiasaan. Masing-masing berjaya mengaplikasikan apa yang telah diajar dengan baik. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan soalan-soalan yang menyerbu di minda. Apa tidaknya, semua teruja untuk mempelajarinya. Walaupun, KMCS masih menghadapi masalah berkaitan EG*Net, namun ia tidak mematahkan semangat kami untuk terus belajar bagi memahirkan diri masing-masing. Kami berharap agar masalah ini dapat diselesaikan segera dan boleh digunakan dengan segera, InsyaAllah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan