Selasa, 8 Mac 2011

BERAKHIRNYA HKK 2011....





“Bertemu dan berpisah
Adat manusia biasa…
Hilang di mata
tapi di hati tidak lupa…”


Tepat pada jam 10.00 malam, tanggal 7 Mac 2011, maka berakhirlah Promosi Hari Kraf Kebangsaan 2011 bagi kali yang ke-9. Senyuman manis tergambar di wajah masing-masing kerana produk jualan laris terjual dan tidak banyak barang yang perlu dibawa pulang. Seawal jam 9.30 malam usahawan sudah mulai mengemas sedikit demi sedikit barang-barang mereka supaya tidak kelam kabut.


Walaupun, semua usahawan terlibat masing-masing keletihan, namun perasaan sedih untuk berpisah tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Biarpun hanya 13 hari bersama, namun hubungan yang terjalin bagaikan seakrab saudara. Peluk cium dan salam bersalaman sudah menjadi adat ketika berpisah. Hanya kata yang boleh diungkapkan, “kita jumpa lagi tahun hadapan, sekiranya panjang umur. InsyaAllah”.


"Posing dulu sebelum balik.."



"Kira betul-betul, jangan ada yang tertinggal sudah.."



"Usahawan Selangor dan Negeri Sembilan bertemu sebelum berpisah".


"Lipat dik, jangan tak lipat.."



"Tahun hadapan jumpa lagi, InsyaAllah. Hurayy..."

Tiada ulasan:

Catat Komen