Isnin, 10 Oktober 2011

BILA AHLI FARMASI TUNJUK BAKAT




Nak tau apa jadi bila ahli farmasi tunjuk bakat terpendam? Haaaa… Jangan tak tahu, rupa-rupanya ahli farmasi bukan sebarang orang, bukan setakat ubat-ubatan dan kajian molekul saja yang mereka pandai, bahkan melukis dan mencanting batik pun mereka hebat. Lihat saja pada hasil cantingan mereka, memang di luar jangkaan. Bukan kami saja yang terkejut, malah mereka sendiri pun berasa teruja dengan apa yang mereka hasilkan.



Haaaa…. Itulah situasi yang berlaku ketika team KMCS turun padang bagi menjayakan aktiviti pameran dan mencanting batik di Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam pada hari Sabtu, 8 Oktober 2011 yang lalu. Karnival Fiesta Nostalgia:’ Memori Indah Kembali’ ini telah dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Farmasi sebagai salah satu aktiviti riadah berkonsepkan kebudayaan khususnya kepada ahli-ahli persatuan ini. Lebih daripada 70 orang peserta yang mengambil bahagian dan ramai juga anggota kerja serta pensyarah fakulti ini yang turut serta dalam sesi tunjuk bakat ini.



Aktiviti-aktiviti lain yang turut diadakan pada hari tersebut adalah pertandingan permainan tradisional, pertandingan pantun, sukaneka, persembahan kebudayaan dan banyak lagi. Bukan mereka saja yang terhibur, malah team KMCS yang hadir juga tergelak dengan gelagat dan aksi mereka yang sungguh ‘sporting’. Kepada adik-adik yang tidak lama lagi akan bergelar ahli farmasi, kami di KMCS mengucapkan ‘Selamat Maju Jaya’ dan kami amat gembira bertemu dengan adik-adik sekalian.







Disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor/ Isnin/ 10 Oktober 2011.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan