Isnin, 31 Oktober 2011

‘TABUNGAN SYURGA’… BERZAKATLAH

Majlis dimulakan dengan bacaan doa

Ucapan alu-aluan daripada Puan Pengarah

Masing-masing khusyuk mendengar ceramah dan perkongsian pengalaman olah Ustaz Halim

Amboi, En. Dan kita sedang tulis apa tu?

Menguruskan kehidupan duniawi memang penuh cubaan dan cabaran. Apatah lagi kepada orang-orang yang telah dikurniakan harta dan kekayaan. Bagi seorang Muslim yang mahukan keberkatan terhadap harta dan kekayaan yang dimiliki, mereka perlulah memastikan setiap anugerah yang dikurniakan oleh Allah digunakan dengan sebaik-baiknya. Mereka yang mampu perlulah mengeluarkan zakat bagi membersihkan harta yang dimiliki dan ia merupakan ‘Tabungan Syurga’.

Oleh yang demikian, baru-baru ini, KMCS telah menjemput seorang penceramah dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) iaitu Ustaz Halim bin Din. Sesi ceramah telah diadakan di Bilik Mesyuarat KMCS tepat jam 10.30 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengah hari. Seramai 15 orang warga kerja KMCS telah hadir pada sesi ceramah tersebut. Warga kerja KMCS juga dianjurkan oleh pihak LZS untuk memilih Skim Berkat iaitu kemudahan pembayaran zakat melalui potongan gaji. Pembayarannya tidak terhad kepada zakat pendapatan sahaja tetapi zakat-zakat harta yang lain termasuk qadha zakat.

Antara intipati ceramah yang telah disentuh oleh Yang Berbahagia Ustaz ialah :

A. SYARAT WAJIB ZAKAT


· ISLAM - Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja.
· MERDEKA - Individu yang bebas iaitu bukan hamba abdi. Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib.
· SEMPURNA MILIK - Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki
dan dikawal sepenuhnya.
·
CUKUP NISAB - Paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu
wajib dikeluarkan atau tidak.
Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu
20 misqal emas bersamaan 85 gram emas.

· CUKUP HAUL - Genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun
Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi.


B.
JENIS-JENIS ZAKAT

·
Pendapatan, Perniagaan, Simpanan, Emas, Perak, KWSP, Saham, Padi, Ternakan dan Qadha Zakat

Dengan ceramah yang diberikan, banyak maklumat yang diperolehi dan dikongsi bersama oleh semua warga kerja KMCS. Ramai warga kerja yang mengisi borang potongan gaji untuk membuat potongan zakat. Mudah-mudahan Allah membuka pintu hati untuk semua warga kerja Kraftangan Malaysia mengeluarkan zakat pendapatan secara tetap melalui potongan gaji. Syabas dan Syukur Alhamdulillah kepada warga kerja KMCS.

"Ramai orang menggali perigi,

Ambil buluh lalu diikat,
Ilmu dicari tak akan rugi,
Buat bekalan dunia dan akhirat".



Ustaz menunjukkan Borang Skim Berkat melalui kaedah ptongan gaji




En. Dan mewakili Puan Pengarah menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Halim Din

Tiada ulasan:

Catat Ulasan