Jumaat, 28 Oktober 2011

HILANGNYA SEKUNTUM BUNGA KMCS…


Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Muin

Pada tanggal 17 Oktober 2011 yang lalu, telah diadakan satu Majlis Perpisahan buat Cik Noor Iza binti Kassim yang telah mendapat arahan bertukar ke Ibu Pejabat di bawah Bahagian Rekaan. Suasana sugul dan tidak ceria sudah kelihatan beberapa hari sebelum majlis ini diadakan. Masing-masing bersedih kerana kami di KMCS akan kehilangan sekuntum bunga yang sentiasa menyerikan suasana di sini. Kata pepatah ‘patah tumbuh hilang berganti’ namun yang berganti sudah tentu tidak sama dengan yang hilang.

Sejak awal pagi, kami warga KMCS sudah sibuk menyediakan persediaan bagi menjayakan majlis ini. Walaupun dengan hati yang sedikit berat, namun kami akur dengan perpisahan ini dan cuba melakukan yang terbaik buat Iza pada hari terakhir beliau di sini. Tidak kira lelaki mahu pun perempuan, masing-masing menyinsing lengan membantu kerja-kerja di dapur. Puan Pengarah telah ‘menyibukkan’ Iza dari pagi dengan pelbagai kerja supaya dapat menghalang Iza daripada menjenguk persiapan yang kami lakukan. Strategi Puan Pengarah nampaknya berhasil. Dek kerana kesibukan menyiapkan tugasan terakhir di KMCS, beliau langsung tidak sempat menjenguk ke luar.

Fikiran kami mula melayang apabila tayangan video dimainkan. Terasa bagaikan cepat masa berlalu pabila terkenangkan banyak kenangan kami bersama Iza di KMCS...


Pada jam 2.00 petang, segala persiapan telah siap dan majlis telah dimulakan pada 2.30 petang. Didahulukan dengan bacaan doa, majlis dimulakan dengan ucapan daripada Puan Pengarah, rakan-rakan KMCS dan seterusnya tibalah masa mendengarkan ucapan orang yang diraikan. Suasana hening dan sebak telah menyelubungi kami dan ada ramai yang mengalirkan air mata kesedihan. Ketika tayang video dimainkan, semuanya diam seribu bahasa. Fikiran kami jauh melayang mengimbau kembali saat-saat bersama sepanjang bertugas bersama.

Ucapan Iza amat menyentuh hati kami kerana masing-masing berat hati untuk berpisah...

En. Dan begitu sedih kerana sekuntum bunga di KMCS telah disambar orang...

Huhuhu... Sabar Anes...

Namun, sudah menjadi adat bagi kita yang bergelar kakitangan kerajaan supaya akur arahan yang telah dikeluarkan. Kami di KMCS mendoakan yang terbaik buat Iza dan mengucapkan ‘Selamat Bertugas di Tempat Baru”. Walaupun, selepas ini jarak kita sedikit berjauhan, namun persahabatan kita akan tetap berkekalan dan bertambah erat, insya-Allah. Buat Cik Noor Iza, “Selamat Maju Jaya”!


“Kalau tidak kerana unggas,

Tidaklah rosak padi di sawah,

Kalaulah tidak kerana tugas,

Tidaklah kita akan berpisah.


Suasana sebak mula menguasai keadaan sehinggakan air mata mulai sukar dibendung...


Erm... Iza begitu teruja apabila melihat 'hadiah misteri' yang telah disumbangkan oleh rakan-rakan dan Puan Pengarah...


Ha... bagi yang tidak tahu, sebenarnya ada cerita di sebalik baju ini... Namun segalanya dipermudahkan oleh-Nya, alhamdulillah...

Wah, inilah hasil air tangan rakan-rakan dan Puan Pengarah untuk dinikmati bersama pada majlis perpisahan ini...

2 ulasan:

  1. Ala sedihnya..kenangan bersama Izza masih segar dalam ingatan saya..saya merindui kawan2 di Kraf Selangor esp Sue, Anes, Syida dan Izza..

    BalasPadam
  2. Ermm.. sedihnyaa..sy..sob..sob..terharu x terkata buat warga KMCS.. Jasa dan kenangan bersama kalian semua tidak akan sy lupakan smpi bile2...the best thing i never had~ Terima Kssih tidak terhingga.. :))

    BalasPadam