Jumaat, 14 Oktober 2011

SEKITAR JAMUAN HARI RAYA OLEH JAWATANKUASA PENYELARAS JKPKPKK NEGERI SELANGOR

Suasana di dalam Dewan Ball Room 2 Majlis Sambutan Hari Raya JKPKPKK Negeri Selangor



Pengarah SKMM Negeri Selangor sedang memberikan ucapan aluan




Erm... Nyum.. Nyum... Sedap pula tengok Si A'A ni makan...









Pada setiap tahun, Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (JKPKPKK) Negeri Selangor akan mengadakan majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri. JKPKPKK yang terdiri dari Jabatan Penerangan Malaysia, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM), Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Selangor (JKKN), Jabatan Penyiaran Malaysia Selangor, Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor (KMCS), BERNAMA dan Jabatan Filem Negara Malaysia.

Pada majlis jamuan Hari Raya kali ini, pihak SKMM telah dipilih menjadi tuan rumah. Pada 24 September 2011 bersamaan 26 Syawal 1432 (sabtu), bertempat di Shah Alam Convention Center (SACC) di Dewan Ball Room 2, telah berlangsungnya majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri JKPKPKK. Pihak SKMM telah berbesar hati untuk menanggung perbelanjaan kos makanan yang disediakan manakala, setiap agensi dikehendaki menyumbangkan ‘hamper’ untuk hadiah cabutan bertuah. Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa majlis tersebut antaranya persembahan tarian tradisional oleh JKKN, persembahan nyanyian oleh artis yang dibawa oleh Selangor FM dan persembahan ‘Karaoke’ dari setiap agensi JKPKPKK.

Tujuan mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri ini ialah bagi mengeratkan lagi ikatan silaturahim di antara warga kerja agensi JKPKPKK dan ahli keluarga masing-masing. Justeru, jemputan adalah terdiri dari kalangan warga kerja dan ahli keluarga JKPKPKK Negeri Selangor. Tetamu istimewa pada hari tersebut ialah Pengerusi SKMM iaitu Yang Berbahagia Tan Sri Khalid Ramli.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan